Segera tambah baik mekanisme subsidi elak rakyat terbeban – Johari
Segera tambah baik mekanisme subsidi elak rakyat terbeban – Johari
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berakhir Sabtu lalu dengan calon memenanginya akan memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berfungsi menggubal undang-undang pada peringkat negeri dan membawa suara penduduk tanpa mengira sama ada mengundinya atau calon lain, hatta tidak keluar mengundi, sekali gus memastikan kehidupan mereka dipelihara. Pilihan raya dan jawatan ADUN sama seperti Ahli Parlimen hanya wasilah, sebaliknya maqasid atau tujuan utama adalah kepentingan negara, negeri dan rakyat.
Bagi calon dan parti yang kalah, kita kira pesanan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani adalah jawapan terbaik selepas masuk ‘tempoh bertenang’ selepas keputusan diumumkan, iaitu berhenti menyalahkan orang lain termasuk bekas pemimpin UMNO, PKR dan DAP, sebaliknya melihat diri sendiri untuk menangani penurunan populariti. Sebenarnya, kenyataan Menteri Perladangan dan Komoditi itu sekiranya tidak menyebut mana-mana parti itu, ia boleh dijadikan azimat kepada semua pihak tidak kira warna politik bukan hanya pada PRK ini, bahkan yang seterusnya termasuk pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU).
Malah, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau menghormati suara pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, sekali gus gabungan Kerajaan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dan inisiatif bertepatan dengan realiti semasa adalah pendirian selari dengan lunas demokrasi dan kebebasan bersuara dijamin dalam Perlembagaan. Ini pastinya diharap terus menjadi amalan kepada kerajaan yang menegaskan tatakelola dan tadbir urus berintegriti serta menghormati sistem demokrasi berparlimen.
Bagaimanapun, sebagai kerajaan yang perlu mendengar denyut nadi rakyat, terutama membabitkan dasar dan inisiatif dilaksanakan dalam usaha memulihkan situasi ekonomi, politik serta sosial di negara ini dan pada masa sama PRK Sungai Bakap juga dilihat banyak pihak termasuk penganalisis politik sebagai antara ‘referendum’, kita meminta barisan pemimpin melakukan muhasabah atau bedah siasat terhadap faktor kekalahan dikemukakan ramai ahli akademik. Antara faktor disebut adalah pelaksanaan mekanisme penyasaran subsidi diesel, selain isu tempatan yang pasti akan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri sendiri.
Kita mengaku kepentingan dan kewajaran penyasaran subsidi bahan api itu seperti diperakui banyak pakar ekonomi dan persatuan pengguna, tetapi meminta kerajaan memperhalusi kembali mekanisme pemberian subsidi kepada rakyat supaya tidak ada kelompok yang patut menerimanya, bukan sahaja tidak sampai, bahkan mendapat dalam jumlah tidak mencukupi. Justeru, kita meminta kerajaan melaksanakan libat urus dengan beberapa kumpulan menyampaikan keluhan melalui pelbagai medium termasuk pengusaha ekonomi gig, sekali gus mengambil langkah pembetulan dengan pantas dan memaklumkannya kepada masyarakat.
Dalam konteks ini juga, kita mengingatkan sebarang pelaksanaan penyasaran subsidi seterusnya termasuk petrol perlu dilaksanakan dengan berhati-hati ‘bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak’. Kita tidak mahu sebarang perubahan struktural penting dilakukan dengan memberikan kejutan bukan sahaja kepada rakyat, bahkan kelompok peniaga termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). BH
Segera tambah baik mekanisme subsidi elak rakyat terbeban – Johari
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.