Pintu pagar balai polis ditutup selepas jam 10 malam
Pintu pagar balai polis ditutup selepas jam 10 malam
Semua balai polis di seluruh negara diarah menutup pintu pagar premis itu selepas jam 10 malam, susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 17 Mei lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah antara arahan yang dikeluarkan dalam usaha memperketat keselamatan dan bersiap siaga atas sebarang kemungkinan pencerobohan atau tindakan luar jangka ke atas balai polis.
“Kita kena imbangi balai polis sebagai tempat rakyat mengadu dan pada masa sama, balai polis menjadi sasaran. Jadi, kita imbangkan antara dua keperluan itu.
“Insiden di Ulu Tiram misalnya, saat itu ada dua orang yang sudah pun berurusan dengan anggota polis dan ketika itu, serangan berlaku,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai langkah yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperketat keselamatan di balai polis selepas insiden di Balai Polis Ulu Tiram.
Dalam kejadian serangan pada 17 Julai, jam 2.45 pagi itu, tiga maut membabitkan dua anggota polis, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek berusia 21 tahun, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.
Saifuddin berkata, PDRM memperketat semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman bagi mempertingkat kawalan keselamatan premis PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis, merangkumi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) seperti kekerapan mengadakan rondaan di kawasan premis yang menjadi sasaran utama.
“Ada keperluan untuk melihat kembali keadaan logistik bagi setiap balai polis, sama ada dari segi lampu dan pagar. Kita keluarkan arahan supaya segera diberikan maklumat supaya proses tambah baik dapat dilakukan,” katanya. BH
Pintu pagar balai polis ditutup selepas jam 10 malam
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.