Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari

Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari

Umno perlu melatih pemimpinnya menjadi pembangkang agar boleh menyemak imbang wakil rakyat yang tidak melaksanakan tugas dengan baik, kata Johari Ghani.

Naib presiden Umno itu berkata, kebolehan pemimpinnya bukan sahaja sebagai wakil rakyat, malah sebagai pembangkang yang berfungsi akan membawa manfaat kepada rakyat.



“Kita nak latih pemimpin Umno jadi pembangkang, asyik menang (saja), bila dah kalah jadi tak pandai (membangkang).

“Kena belajar (jadi pembangkang), baru akhirnya rakyat akan dapat manfaat, ‘good’ wakil rakyat, ‘good’ pembangkang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata sedemikian selepas perasmian Mesyuarat Umno Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB), hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pemangku Ketua Umno Bentong Mohamad Zaini Salleh dan bekas menteri besar Pahang Adnan Yaakob yang juga bekas ketua Umno bahagian itu.



Apabila ditanya mengenai usaha yang akan dilakukan oleh Umno, Johari yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, ia bergantung kepada kawasan terlibat.

“Luar bandar, macam mana prestijnya, dalam bandar, ‘semi urban’, kita bincang secara dalaman, tidak payah cerita pada orang,” katanya. FMT

Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak



Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker