Mula bergurau, kemudian bergaduh

Pelajar sekolah bertumbuk sesama sendiri.

Mula bergurau, kemudian bergaduh

KOTA KINABALU – Empat pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan berhampiran sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung pergaduhan tersebut.

“Laporan diterima dan tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan pada Ahad lalu.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat bergurau pada mulanya sebelum bertukar menjadi pergaduhan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, kesemua pelajar tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 33 saat memaparkan pelajar bergaduh sesama sendiri dalam kejadian membabitkan sebuah sekolah sekitar Kota Kinabalu. Sinar

Mula bergurau, kemudian bergaduh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker