Menteri KDN arah pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam
Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan susulan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor baru-baru ini.
Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.
“Kita perlu imbangi (langkah-langkah keselamatan) kerana balai polis adalah tempat rakyat mengadu, tetapi pada masa sama, balai polis juga menjadi sasaran, jadi kita imbangkan antara dua keperluan itu.
“Insiden di Ulu Tiram, saat itu ada dua orang yang berurusan dengan anggota polis (di dalam balai) dan ketika itu serangan berlaku,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Richard Riot (GPS-Serian) yang bertanyakan langkah-langkah memperketatkan keselamatan balai polis ekoran insiden 17 Mei lepas itu menyebabkan dua anggota polis Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terbunuh selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.
Turut maut dalam insiden itu adalah suspek berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis, Mohd Hasif Roslan mengalami kecederaan akibat ditembak.
Saifuddin berkata ekoran peristiwa di balai polis itu, tindakan segera polis adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah, balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran.
Beliau berkata antara arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara adalah berhubung kekerapan mengadakan rondaan sekitar kawasan balai di samping keperluan meneliti keadaan fasiliti balai polis contohnya lampu dan pagar untuk ditambah baik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula