‘Menteri Agama B.A.B.I, kenapa sampai begitu sekali’

‘Menteri Agama B.A.B.I, kenapa sampai begitu sekali’

“Saya tengok dalam media sosial ‘Menteri Agama B.A.B.I. Kenapa sampai (begitu) kebencian ditanam,” itu teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Naim Mokhtar berhubung segelintir pengguna yang tidak beradab sewaktu melayari media sosial.

Menurutnya, bukan sahaja beliau, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah dilemparkan perkataan sedemikian sekali gus perbuatan itu perlu diberi teguran.

“Kalau baca dalam media sosial hari ni, kita tengok penggunaan perkataan digunakan rakyat dan sebahagian daripada kita ini di dalam media sosial adalah orang-orang berilmu.

“Tapi menggunakan perkataan yang tak terfikir. Perdana Menteri kita, macam-macam bahasa digunakan terhadap beliau. Masyarakat kita dah hilang nilai akhlak,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 di Masjid Negara hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu agamawan perlu memainkan peranan penting menyampaikan mesej kepada masyarakat berhubung permasalahan itu.

“Biarlah kita berbeza pandangan, kalau politik berbeza pandangan politik, tapi jangan sampai sesekali hilang adab kita. Tak tahu adab dan perbezaan sehingga guna perkataan di luar batasan.

“Jadi untuk kita didik masyarakat, tanggungjawab tuan puan orang yang diberikan ilmu agama untuk mendidik masyarakat supaya tidak ekstrem macam itu.

“Gunakan media sosial ini untuk kebaikan, secara bijak dan berhikmah, untuk meraih pahala yang begitu banyak atau mendidik masyarakat. Jangan disalah guna kerana kita bertanggungjawab di hadapan Allah,” tegasnya. K Online

‘Menteri Agama B.A.B.I, kenapa sampai begitu sekali’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker