Layli juara ratu cantik Miss AI pertama

Layli juara ratu cantik Miss AI pertama

RABAT – Pesohor media sosial janaan teknologi kepintaran buatan (AI) dari Maghribi dinobatkan sebagai ratu cantik pertama Miss AI dengan mengalahkan lebih 1,000 peserta lain, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kenza Layli memenangi hadiah bernilai AS$13,000 (RM61,231). Ia merangkumi wang tunai AS$5,000 (RM23,550), sokongan pada platform pencipta AI terbesar di dunia dan pakar publisiti berdedikasi yang melibatkan perjanjian bernilai AS$13,000.



Para peserta dari seluruh dunia dinilai berdasarkan kecantikan dan pengaruh media sosial serta penggunaan alat AI dalam penciptaan mereka.

Ahli pasukan pengurusan pesohor AI Aitana Lopez, Sofia Novales berkata, Layli mempunyai konsistensi wajah yang hebat dan mencapai kualiti tinggi dalam butiran terperinci seperti tangan, mata dan pakaian.

“Apa yang benar-benar mengagumkan kami adalah keperibadiannya dan cara dia menangani isu sebenar di dunia. Ia menunjukkan bahawa dia mengambil peranannya di platform AI dengan serius,” ujar Sofia.

Sementara itu, Lalina Valina dari Perancis dan Olivia C dari Portugal masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Miss AI.



Layli adalah cetusan idea Meriam Bessa dari L’Atelier Digital & AI, yang merupakan sebuah agensi media di Maghribi. K Online

Layli juara ratu cantik Miss AI pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker