Jatuh gaung Gunung Korbu, 9 jam bawa turun wanita cedera
Jatuh gaung Gunung Korbu, 9 jam bawa turun wanita cedera
IPOH: Bomba mengambil masa hampir 9 jam untuk membawa turun seorang wanita yang mengalami kecederaan tulang rusuk akibat terjatuh gaung sedalam 10 meter ketika menuruni puncak Gunung Korbu di trek pendakian melalui Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini, semalam.
Wanita seberat 90 kilogram (kg) itu berjaya dibawa keluar dari kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) itu jam 1.30 pagi tadi sebelum diserahkan dibawa pasukan perubatan untuk diberi rawatan lanjut di hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya difahamkan mangsa adalah antara 35 peserta yang mengikuti ekspedisi pendakian gunung terbabit dengan diiringi lima malim gunung Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).
Katanya, operasi menyelamat digerakkan bermula jam 4.20 petang semalam sebaik menerima panggilan kecemasan jam 3.29 petang dengan operasi diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bersama 12 anggota serta turut dibantu malim gunung.
“Mangsa menyertai aktiviti mendaki didapati tergelincir dan jatuh dalam gaung sedalam 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu. Jarak dari pangkalan (pos operasi) ke tempat kejadian dianggarkan tiga kilometer dengan laluan trek mendaki serta curam dianggar mengambil masa dua hingga empat jam perjalanan.
“Size-up dibuat dengan kelengkapan menyelamat dibantu beberapa orang malim gunung, seterusnya bergerak ke lokasi kira-kira jam 4.20 petang bagi membuat kerja penyelamatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau juga berkata, antara kesukaran yang dihadapi dalam operasi menyelamat itu adalah pendakian waktu gelap melalui lereng, perlu menempuh tiga anak sungai, jalan licin atas faktor hujan dalam pada perlu membawa peralatan termasuk pengusung.
“Cabaran lain adalah tiada talian telefon di lokasi, dengan jarak paling hampir untuk berhubung menggunakan telefon adalah 2 jam kearah keluar atau satu setengah jam kearah mendaki dari lokasi mangsa.
“Mangsa dikatakan jatuh sewaktu melintas dengan memeluk kayu balak yang tumbang di tebing sungai. Difahamkan, lokasi itu memang sudah berulang kali berlaku kes jatuh,” katanya. BH
Jatuh gaung Gunung Korbu, 9 jam bawa turun wanita cedera
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.