Bahlol, bodoh Rafizi makan diri

Bahlol, bodoh Rafizi makan diri

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, tidak beralas dalam berkata-kata ketika berceramah pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru.

Dalam ceramah tersebut dia menggelarkan pengkritik sebagai “bahlol” dan “bodoh” kerana mempersoalkan ‘formula’ kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan isu ekonomi.

“Dia duk tanya, kamu raja formula, mana formula kamu? Memang bahlol. Formula tengah jalanlah bodoh,” kata menteri ekonomi itu semasa ceramah pada 5 Julai lalu.

Bagaimanapun ungkapan itu nampaknya memakan diri selepas PH tewas di kerusi berkenaan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, menyindir Rafizi susulan kekalahan PKR pada pilihan raya kecil tersebut.

Dia turut mengucapkan tahniah kepada pengundi Sungai Bakap selain mengingatkan para pemimpin agar tidak sombong.

“Formula bahlol dan bodoh dari raja formula telah mendatangkan hasil di Sungai Bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat,” katanya secara sinis di Facebook.

‘Angkuh’

Semalam, pemimpin Bersatu berkata peningkatan undi majoriti PN pada PRK Sungai Bakap menunjukkan rakyat menolak kerajaan Madani kerana keangkuhannya.

PN mempertahankan kerusi itu selepas calon mereka, Abidin Ismail, menewaskan Joohari Ariffin dari PH dengan majoriti 4,267 undi berbanding majoriti 1,563 undi pada pilihan raya sebelumnya.

PRK Sungai Bakap diadakan selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari PAS, meninggal dunia pada 24 Mei lalu akibat radang perut. Mk

Bahlol, bodoh Rafizi makan diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker