Tajuddin ingatkan Zahid ‘kata itu kota’

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengotakan kata-katanya untuk sedia menerima semula mana-mana ahli dan pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti sebelum ini.

Gesaan itu disampaikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bertujuan mengembalikan semula kekuatan parti yang disifatkan beliau semakin dijauhi ahlinya sendiri.

“Berkali-kali (Ahmad Zahid) sebut (terima semula ahli dan pemimpin dipecat) tapi kita tak nampak lagi dia menjadi kenyataan. Saya harap kali ini presiden benar-benar ikhlas dengan apa yang dia cakapkan.



“Dia pun sayangkan parti, dia mahu parti dia menang. Mahukan partinya kuat semula. Kita di bawah pun begitu juga, matlamat yang sama,” katanya menerusi satu hantaran video kepada media hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak mengulas kenyataan Ahmad Zahid, beberapa hari lalu mendedahkan menerima banyak permohonan daripada bekas ahlinya untuk menyertai kembali parti itu.

Namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan akan merujuk kepada Lembaga Disiplin parti yang kemudian akan mengemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, siri pergeselan membabitkan sebilangan pemimpin UMNO tidak seharusnya dibiar berterusan, kerana ia hanya akan membawa kerugian kepada parti.



“Ini soal bergaduh, laki bini pun bergaduh. Sedang lidah lagi tergigit, inikan pula sesama pemimpin dan ahli UMNO. Kalau kita pentingkan parti, mana yang tergigit hari itu takkan tak sembuh lagi. Berapa lama lagi nak luka.

Saya rasa Zahid ingat sokongan saya

“Saya percaya dan berharap Presiden yang saya kenal rapat, yang tolong saya, jadi Ahli MKT saja, (tapi) saya tolong dia dari pemuda lagi, tanding pemuda, naib presiden sampailah presiden hari itu pun kita sokong. Saya percaya (Ahmad) Zahid ingat itu semua,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, di mana dakwanya ada ahli UMNO tidak mengundi calon Kerajaan Perpaduan.



“Apa jadi kepada (PRK DUN) Sungai Bakap. Walaupun itu bukan UMNO calonnya, tapi calon yang disokong UMNO. Ramai tak mengundi termasuk orang UMNO sendiri,” katanya.

Pada Jun 2022, Tajuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian digugurkan keahliannya menerusi satu surat yang dihantar oleh presiden parti.

Ahmad Zahid yang memberi maklum balas kepada media selepas itu memaklumkan Tajuddin dipecat kerana mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan menyatakan secara terperinci punca Tajuddin dipecat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker