Pengundi bukan Melayu jauhi PH, pengundi Melayu masih pinggirkan UMNO
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat BN-PH perlu mengkaji punca pengundi bukan Melayu tidak turun mengundi pada PRK tersebut, sambil menambah ia bukan tugas Umno untuk menarik sokongan kumpulan tersebut.
“Ini protes tak keluar mengundi oleh penyokong PH, adakah mereka tak setuju dengan kerjasama BN. Jadi ini perlu dinilai, ini lebih mustahak, kritikal berbanding dengan nilai kerjasama PH-BN.
“Lebih penting nilai apa yang tidak kena dengan DAP atau apa yang tak kena dengan DAP dalam gabungan PH, atau apa yang tak kena dengan DAP dalam gabungan PH-BN,” katanya.
Penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan pada Jun lalu bukan penyebab utama kekalahan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) pada PRK Sungai Bakap, sebaliknya ia lebih bergantung kepada komposisi sokongan rakyat kepada sesuatu parti.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, landskap politik masih sama iaitu penyokong Perikatan Nasional (PN) mengundi gabungan itu kerana propaganda politik identiti dan PH pula kerana politik universal.
Bagaimanapun, Lau berkata gabungan BN-PH mempunyai tugas besar untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka lebih baik daripada pemerintahan sebelum ini atau ‘government in waiting’ yang merujuk kepada pembangkang.
“Dalam erti kata ringkas, buktikan kerajaan ketika ini selesaikan perkara yang mencucuk dan dirasai oleh rakyat, sebagai contoh inflasi, keadilan, ketelusan. Jadi, perkara ini dapat dirasai secara langsung oleh rakyat dan memberi keyakinan.
“Isu seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan pelaburan tidak berguna kerana rakyat tidak dapat merasainya. Jika ingin memenanginya semula, kerajaan perlu selesaikan hal yang memberi kesan langsung kepada rakyat,” katanya kepada FMT.
Sabtu lalu calon PN daripada PAS Abidin Ismail menang PRK Sungai Bakap dengan 14,489 undi, memperoleh majoriti 4,267 undi berbanding lawannya, calon PH daripada PKR Joohari Ariffin, yang mendapat 10,222 undi.
Kerusi Sungai Bakap disandang PKR selama tiga penggal dari 2008 sebelum Ketua PAS Nibong Tebal Nor Zamri Latiff menang pada PRN tahun lalu, menewaskan Nurhidayah Che Rose (PKR) dengan majoriti 1,563 undi.
Kerusi itu kosong apabila Zamri meninggal dunia pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Susulan kekalahan Sabtu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani menginsafi keputusan tersebut dan berazam menggiatkan usaha melaksanakan dasar dan inisiatif yang tepat untuk rakyat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.