‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
KUALA KANGSAR: UMNO tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang jawatan Presiden parti itu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Abdul Hadi tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.
“Saya pernah berbincang empat mata dengan Abdul Hadi. Hari ini depan-depan setuju. Namun, keesokannya dia tukar. Setuju-setuju kemudian di belakang dia tukar kembali. PAS ini berbohong dari dahulu sampai sekarang.
“Selagi orang itu jadi Presiden, jangan harap kita bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam itu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya menerima hakikat kaedah terbaik bagi memastikan UMNO terus bertahan ialah bekerjasama dalam politik.
“Kita kena terima hakikat bahawa kaedah terbaik adalah bekerjasama kerana dalam politik tiada musuh yang kekal dan juga tiada kawan yang kekal. Hari ini mungkin kawan, esok lawan dan hari ini lawan, namun mungkin esok kawan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.