Zarina terkejut dapat tahu anak ada sebelah buah pinggang

Zarina terkejut dapat tahu anak ada sebelah buah pinggang

Pelakon Zarina Zainuddin terkejut apabila doktor mengesahkan anak ketiganya, Muhamad Naim Azrai, 21, memiliki sebelah buah pinggang.

Zarina mendakwa tidak tahu masalah dihadapi Naim sehinggalah anaknya itu tiba-tiba pengsan di rumah.



“Saya baru tahu semalam. Setelah doktor lakukan pemeriksaan, didapati Naim ada sebelah buah pinggang sahaja.

“Apabila dimaklumkan, barulah saya perasan. Selama ini, Naim habiskan masa lama di bilik air setiap kali hendak buang air kecil. Saya sedih kerana bimbang apa-apa terjadi kepadanya,” katanya.

Zarina berkata, Naim dinasihatkan tidak melakukan kerja lasak dan doktor menyatakan tidak perlu risau jika anaknya itu sihat.

“Naim kena mula jaga pemakanan terutama elak makanan segera. Naim juga kena banyak minum air bagi membantu memudahkan pembuang air kecil.



“Bukan apa, bimbang menghadapi masalah kencing kotor yang boleh beri kesan kepada buah pinggangnya,” katanya.

Zarina berkata, Naim akan menjalani prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) hari ini untuk pemeriksaan lanjut.

Selain Naim, Zarina mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Muhammad Razal Azrai, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Adam Azrai. BH

Zarina terkejut dapat tahu anak ada sebelah buah pinggang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker