Ustaz Kazim ceburi bidang lakonan kerana cetusan idea Mamat Khalid

Ustaz Kazim ceburi bidang lakonan kerana cetusan idea Mamat Khalid

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim berkongsi bahawa pengarah, Allahyarham Mamat Khalid mencetus idea untuknya menceburi bidang lakonan hingga menjayakan watak utama filem Zim Zim Ala Kazim yang mula ditayangkan 13 Jun lalu.

Ustaz Kazim, 52, berkata selain mengangkat kisah benar dirinya yang menjadi mangsa perbuatan sihir menerusi sebahagian besar paparan filem berkenaan, keinginan berlakon tercetus atas dasar menyebarkan dakwah dalam kalangan kru rakaman.



Beliau malah menyatakan penyebaran dakwah dengan cara itu terinspirasi daripada perbualan antara beliau dan Allahyarham Mamat ketika mengikuti penggambaran sebagai ‘cameo’ bagi telefilem ’18 Puasa’ arahan Mamat beberapa tahun lalu, berkaitan kewajipan mendirikan solat.

“Saya tengok benda ini iaitu apabila saya berlakon dalam telefilem ’18 Puasa’, ketika itu azan berkumandang dan ada dalam kalangan kru penggambaran di situ menggesa semua kru lain bersiap untuk mendirikan solat berjemaah.

“Kali pertama berlakon, orang berhentikan penggambaran sebab hendak solat dengan kesemua kru masuk khemah surau untuk solat berjemaah. (Maka) saya pun dapat idea iaitu apabila saya makan laksa bersama Allahyarham Mamat, saya puji bagus dia buat begitu apabila semua sembahyang.

“Allahyarham Mamat katakan, “abang takut nanti kalau abang mati, Allah tanya abang. Abang nak jawab apa? Abang takut, (maka) sebab itu abang ajak budak-budak sembahyang”,” katanya ketika menjadi panel pada program Forum Mini Hijrah Membawa Hidup Mulia di Masjid Ar-Rahman Kampung Sungai Tapah, Manjoi, malam tadi.



Turut menjadi panel forum itu adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.

Kata Ustaz Kazim lagi, bermula daripada itu datangnya idea untuk beliau menceburi bidang lakonan dalam berdakwah dengan memakai prinsip bahawa jika berkehendakkan hijrah atau perubahan lebih baik kepada sesuatu, maka syarat tertentu boleh diletakkan.

Ustaz Kazim turut mendedahkan susulan kejayaan filem Zim Zim Ala Kazim yang dibintanginya itu, sekurang-kurangnya tiga individu termasuk dua daripadanya adalah pelawak dan penerbit datang menawarkan kepadanya untuk berkolaborasi bersama bagi menghasilkan lagi filem. BH

Ustaz Kazim ceburi bidang lakonan kerana cetusan idea Mamat Khalid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker