Ustaz Don akur arahan JAIS

Ustaz Don akur arahan JAIS

“Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.”

Itu reaksi pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mengulas arahan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS) untuk tidak muncul dalam Don Give Up dalam slot Morning-Morning Suria terbitan Suria FM, mulai hari ini.



Ustaz Don bersama pengurusannya menghormati keputusan JAIS dan menerimanya dengan berlapang dada.

“Pada pihak kami, semuanya dan stesen radio baik-baik sahaja. Stesen radio menurut arahan dan kita hormat.

“Mereka tunggu keputusan (rasmi) JAIS dan kita pun sama,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, media melaporkan wakil pengurusan stesen terbabit menjelaskan Ustaz Don tidak muncul dalam segmen Don Give Up sehingga mendapat kepastian JAIS.



Pada 21 Jun lalu, JAIS dilapor mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid dan surau untuk menangguh serta tidak mengundang Don Daniyal untuk sebarang acara.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilapor berkata, ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama disampaikan Ustaz Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Pada 14 Jun lalu, Ustaz Don diberhentikan daripada mengendalikan program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM.

Kontroversi bermula pada 5 Jun lalu, apabila Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan. Ini susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.



Bagaimanapun, selepas muncul semula dalam program pada 13 Jun lalu, Ustaz Don sekali lagi mencetuskan sensasi apabila memetik apa yang dilaporkan sebagai hadis lemah ketika mengendalikan rancangan popular itu. BH

Ustaz Don akur arahan JAIS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak



Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker