Perairan Mersing diserang Petropoda, mempunyai sengat berbahaya
Perairan Mersing diserang Petropoda, mempunyai sengat berbahaya
MERSING: Orang ramai dinasihatkan menangguhkan aktiviti berkaitan air di perairan Mersing di sini, berikutan kehadiran serangan gastropoda yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseus Acicula) khususnya di perairan itu, sejak 11 Jun lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Nurhuda Ibrahim, berkata Petropoda adalah Zooplankton dan ia adalah antara organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang boleh memudaratkan manusia.
Katanya, kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung pada 11 Jun lalu di perairan kepulauan Mersing.
“Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ‘ballast’ perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia.
“Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.
“Kesan ini ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terkena sengatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nurhuda berkata, serangan Petropoda itu bukanlah kali pertama, dimaklumkan oleh penyelidik IPP Batu Maung.
Katanya, sebelum ini memang terdapat kewujudan Zooplankton berkenaan namun ia tidak merebak dan sebanyak ketika ini.
“Serangan ini dijangka akan berakhir selepas peralihan monsun.
“Jabatan Perikanan akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air di perairan itu buat masa ini,” katanya. BH
Perairan Mersing diserang Petropoda, mempunyai sengat berbahaya
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera
You must be logged in to post a comment.