Kenali Inspektor Elly
Kenali Inspektor Elly
RAMONA Zamzam bukan satu nama yang asing dalam industri seni tanah air.
Namun, entah di mana silapnya, bakatnya masih kurang menyerlah berbanding rakan seperjuangan lain.
Menyedari situasi tersebut, Ramona, 35, berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan dia bukan individu yang suka mencanang cerita sensasi hanya untuk meraih populariti.
Tidak mustahil, dia dilihat bagai ada dalam tiada biarpun sudah sedekad mencipta nama sebagai pemain seni.
“Memang saya tiada kontroversi dan disebabkan itu, saya faham mengapa kurang diberi tumpuan seperti artis lain.
“Tawaran berlakon sentiasa ada cuma nama sahaja yang tidak begitu popular.
“Meskipun ada yang masih tidak kenal, saya okey sahaja dengan situasi ini,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Enggan mengejar populariti yang didambakan selebriti lain, pemilik nama penuh Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam itu memberitahu, lebih baik kurang dikenali daripada nama meledak disebabkan kontroversi mengarut.
“Lebih baik begini daripada heboh dikenali dengan cerita sensasi yang merepek.
“Kini, kehidupan saya tanpa kontroversi tambah pula saya jenis orang yang kurang tengok telefon atau melayari media sosial.
“Kalau ada masa terluang pula, memang saya memanfaatkannya dengan keluarga dan diri sendiri, lebih tenang,” ujarnya optimis.
Inspektor Elly
Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana masih menerima tawaran daripada penerbit dan pengarah termasuk stesen televisyen bagi membintangi drama tempatan.
Terbaharu, ibu kepada seorang cahaya mata itu muncul menerusi watak Inspektor Elly dalam drama terbitan Skop Production berjudul Polis Peronda.
Tidak kekok menyarung uniform Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dia sebaliknya berbangga berpeluang memegang watak sebagai anggota polis.
Kongsinya, kehidupannya sejak kecil sudah terbiasa dikelilingi anggota polis memandangkan bapanya pernah menggalas tugas sebagai seorang Pegawai Pendakwa di mahkamah di Ipoh, Perak.
“Sejak kecil memang tak pernah berhasrat nak ikut jejak langkah ayah walaupun dia suruh saya belajar undang-undang dan simpan harapan besar untuk melihat saya bekerja sebagai anggota beruniform.
“Paling tidak pun, saya dah sertai badan beruniform di sekolah dan universiti.
“Jadi, apabila berpeluang menggalas watak anggota polis dalam drama ini, sekurang-kurangnya dapat juga ayah tengok saya sarung uniform polis.
“Sekurang-kurangnya boleh juga buat dia rasa bangga walaupun sekadar lakonan,” ujarnya.
Bercerita lanjut, dia turut berbesar hati dapat menjayakan drama bertemakan kepolisan bersama barisan pelakon hebat lain.
“Untuk drama kali ini, saya ada banyak babak dengan Puteri Sarah yang pegang watak Inspektor Sarah. Memang seronok dan banyak perkara baru saya pelajari.
“Dari segi cabaran, lebih kepada pembawaan diri yang tertib. Kena jaga cara jalan, badan harus tegap dan sentiasa nampak tegas. Sampai ke luar penggambaran pun saya perasaan terbawa pembawaan sebegitu.
“Cuma untuk drama Polis Peronda saya seronok sebab peluang berlakon dengan barisan pelakon yang saya kagumi termasuk pengarah, Syafiq Yusof, C. Kumaresan dan Datuk Yusof Haslam ini beri satu pengalaman menarik dan berbeza buat saya,” kata Ramona seraya menggulung bicara. K Online
Kenali Inspektor Elly
Baca Artikel Menarik:
- Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi
- Noh Omar masuk BERSATU kerana Najib
- Kes langgar lari, isteri rayu orang ramai kongsi rakaman ‘dashcam’
- Suasana hiba ketika keluarga tuntut jenazah Hafiz Fauzan
- Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
- Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM
- PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
- ‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
- Saya ingat dia gila talak – Zahid
- Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN
- Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM
- Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin
- Nonny Nadirah cukur rambut sendiri
- Insiden bapa mengamuk kerana rambut anak digunting guru mendukacitakan
- Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera