‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
Veteran Umno menggesa parti supaya mengambil tindakan pemecatan keahlian terhadap Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis.
Setiausahanya, Mustapha Yaakub menegaskan tidak ada guna lagi untuk Umno ‘menyimpan’ Jailani walaupun sudah menggantung keahliannya.
“Sepatutnya pucuk pimpinan Umno sudah ambil tindakan memecatnya. Saya tidak tahu kesnya secara terperinci, tetapi dia pergi berkempen (untuk PN) sana berkempen sini,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di Sungai Bakap, Nibong Tebal, hari ini.
Sebelum ini Muhamad Jailani yang juga pengerusi NGO Muafakat Nasional (MN) Melaka memberitahu Malaysiakini bahawa Umno telah menggantung keahliannya selama enam tahun.
Ini susulan kontroversi apabila Jailani hadir berkempen di pentas PN pada PRK Simpang Jeram di Johor, Ogos tahun lalu.
Berdasarkan surat Lembaga Disiplin Umno yang bertarikh 28 Ogos tahun lalu, Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu.
Kini sepanjang PRK Sungai Bakap, Muhamad Jailani dilihat semakin aktif turun berkempen di pentas-pentas ceramah PN.
Mustapha menegaskan dalam situasi semasa tidak ada keperluan lagi untuk Umno memberikan Muhamad Jailani begitu.
“Kalau betul dia masih dalam tempoh pergantungan tak guna kita simpan. Lebih baik kita pecat terus daripada Umno,” katanya.
Untuk rekod Muhamad Jailani merupakan bekas ahli Umno yang kemudian melompat menyertai PKR dan menjadi Adun Rembia pada pilihan raya 2018.
Pada Mac 2020, Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan PN dalam usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan ketua menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari yang menumbangkan kerajaan PH Melaka.
Sulaiman Md Ali kemudian diangkat menjadi Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan Adly.
Selepas dipecat PKR, Jailani bertindak menyertai semula Umno pada Jan 2021 dan dia mempertahankan kerusi DUN Rembia pada pilihan raya negeri atas tiket BN. Mk
‘Tak guna lagi Umno simpan Adun Rembia’
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
You must be logged in to post a comment.