Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose

Bekas koresponden asing itu berkata Lim Kit Siang dan Loke Siew Fook tak patut beri reaksi pada tajuk berita.

Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose

Penulis sebuah buku yang menggambarkan peristiwa selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 2018 menggesa dua pemimpin DAP membaca penulisannya terlebih dahulu, dan bukan menolak mentah-mentah.

Romen Bose, seorang bekas koresponden asing dan perunding, berkata Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Loke Siew Fook tidak patut memberi reaksi pada tajuk berita.

“Memandangkan ini laporan yang diberikan oleh perkhidmatan keselamatan kepada perdana menteri ketika itu, saya fikir soalan yang lebih penting ditanya ialah mengapa Dr Mahathir Mohamad didakwa mengarahkan jentera kerajaan mengintip ahli pakatannya sendiri?”, kata Bose.

Memetik sumber, Bose dalam bukunya “Shattered Hopes”, mendakwa Cawangan Khas memantau beberapa pemimpin DAP, termasuk Lim, yang menurut laporan itu, berminat ‘membina semula populasi Cina’.

Bose mendakwa ketua polis negara ketika itu, Hamid Bador, yang kerap memaklumkan kepada Mahathir perkembangan terkini pemimpin PH, didakwa berkata Lim agak berjaya.

Lim hari ini menepis dakwaan Bose sebagai karut, namun akui belum membaca buku itu. Loke pada 24 Jun lalu turut menepis dakwaan Bose sebagai karut.

Bose, yang pernah menjadi perunding bagi bekas perdana menteri Najib Razak, berkata tidak salah memujuk rakyat Malaysia berketurunan Cina untuk kembali ke tanahair dan membangunkan negara.

“Negara telah kehilangan begitu banyak bakat dan kepakaran akibat ‘brain drain’ semasa pentadbiran terdahulu.” FMT

Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker