Tatu punya pasal kena liwat

Tatu punya pasal kena liwat

Niat untuk melukis tatu bunga di tangan bertukar episod malang buat seorang lelaki apabila menjadi mangsa liwat pelukis tatu di sebuah premis, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa pada mulanya ingin mendapatkan perkhidmatan membuat tatu dan semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan dia menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi.

Menurutnya, selepas mangsa tersedar dia dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa kemudiannya terus keluar dari premis dan berasa sakit di bahagian dubur serta mengesyaki lelaki itu meliwatnya.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Shahrulnizam berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.

Tatu punya pasal kena liwat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker