Shiha ‘diganggu’ kaum sejenis

Shiha ‘diganggu’ kaum sejenis

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir mendakwa pernah diganggu seorang wanita yang dilihat seperti menyukai kaum sejenis atau Lesbian ketika mengendalikan sesi ‘live’ di TikTok, baru-baru ini.

Ini berikutan, Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata dia terkejut apabila melihat perilaku wanita berkenaan yang dianggap pelik dalam sesi itu.



“Sekarang saya selalu buat ‘live’ di TikTok untuk lebih dekat dengan peminat yang menyokong kerjaya saya.

“Tapi, ada satu hari, saya terima ‘request’ daripada seorang wanita untuk masuk ‘live’ saya. Rupa-rupanya hendak ‘mencuba’ saya, macam minat dekat saya.

“Disebabkan itu, saya terkejut sebab selalunya lelaki yang hendak ‘mencuba’, tetapi kali ini perempuan.

“Saya rasa wanita ini tidak tahu saya ini selebriti, sebab itulah berani buat begitu. Tengok macam orang Malaysia, tetapi mungkin menetap di luar negara,” katanya ditemui pada sesi temu ramah bersama pelakon sitkom komedi terbaharu, Jabatan Call Centre (JCC) terbitan terbitan TV3 di Glenmari, baru-baru ini.



Pada masa sama, pelantun lagu Irama ini turut mendakwa pernah diganggu seorang wanita yang berperwatakan seperti lelaki di kedai makan termasuk menghantar mesej kepadanya dalam media sosial.

“Ada juga satu kejadian berlaku tahun lalu, saya sering berjumpa dengan seorang wanita ini di kedai makan. Dia macam ‘boyish’ (perempuan berperwatakan lelaki).

“Kemudian, dia ada mencari saya dalam media sosial. Awalnya macam okay, tapi lama-kelamaan saya rasa macam pelik.

“Sekarang wanita ini sudah berhenti ganggu saya. Dia pernah mesej tanya kenapa sudah lama tak nampak di kedai makan, kata rindu. Saya baca sahaja mesej, tapi tidak balas pun,” katanya.



Bagaimanapun, kata Shiha, dia tidak menilai seseorang individu melalui luaran, sebaliknya sudi untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Apa pun saya tidak menilai seseorang, saya berkawan dengan semua orang. Meskipun mereka mengaku diri mereka lelaki lembut.

“Sebab kita tak tahu pengakhiran hidup bagaimana. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja, jadi jangan rasa takut hendak dekat dengan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shiha bakal menjayakan sitkom komedi, JCC yang akan disiarkan di TV3, tidak lama lagi.



Selain Shiha, sitkom itu menampilkan Rita Rudaini, Aya Amiruddin, Andi Bernadee dan Izzue Islam. BH

Shiha ‘diganggu’ kaum sejenis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker