Keputusan lawatan rasmi PM ke Rusia perlu dibuat hati-hati – Tok Mat

Mohamad Hasan berkata geopolitik yang tidak menentu ketika ini memerlukan Putrajaya lebih berhati-hati kerana mahu menjaga hubungan dengan semua negara.

Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Rusia namun lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke negara itu perlu dirancang sebaiknya kerana enggan terjerumus politik dunia.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata situasi geopolitik yang tidak menentu ketika ini memerlukan Putrajaya lebih berhati-hati kerana mahu menjaga hubungan dengan semua negara.

“Walaupun mempunyai hubungan baik dengan Rusia, tetapi dalam keadaan geopolitik yang begitu tak tentu arah sekarang ini, kehadiran lawatan perdana menteri perlu dirancang dengan baik.

“Banyak jemputan kita terima, tetapi tidak boleh dapat terima jemputan, kita pergi,” katanya menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang) di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad berkata Malaysia ingin memposisikan kedudukannya sebagai ‘middle state’ atau tidak condong ke mana-mana bagi menjaga kepentingan diplomatik perdagangan.

“Ini asas luar negara kita bukan sahaja diplomatik biasa, tapi diplomatik perdagangan.

“Kita mahu bersahabat dengan semua dan tidak mahu dilihat condong sangat kepada kanan dan kiri, diplomatik perdagangan jadi keutamaan,” katanya. FMT

Keputusan lawatan rasmi PM ke Rusia perlu dibuat hati-hati – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker