Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat

Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat

IBU kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil sekali lagi mengundang perhatian apabila mempertikai tindakan netizen yang mahu memboikot drama Terjerat lakonan anaknya bersama Ruhainies.

Menurutnya yang mesra disapa Fiza, drama tersebut tidak sepatutnya menjadi mangsa boikot orang ramai hanya kerana kontroversi yang melanda anaknya dan Ruhainies.



Saya jarang menonton drama Melayu. Namun, selepas menonton drama ini, adakah layak untuk diboikot?

“Tepuk dada tanya hati, insya-Allah,” katanya dalam Instagram.

Dalam perkongsian sama, dia turut meletakkan tanda pagar #avoidcancelculture seperti memberi bayangan meminta khalayak tidak meneruskan boikot terhadap drama arahan Azmi Hatta itu.

Terdahulu, nama Fiza kerap menjadi bahan bualan ramai apabila dikatakan lantang bersuara dalam media sosial mengenai Aliff.



Sebelum ini, Aliff pernah mengakui dalam temu bual sebuah podcast bahawa drama Terjerat terbitan Iqiyi merupakan titik bermulanya hubungan rapat dengan Ruhainies.

Imbas semula, nama Ruhainies dan Aliff meledak selepas mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Mereka bagaimanapun pada 20 Jun lalu dilaporkan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM1,500 setiap seorang.

Terdahulu, isteri Aliff, Bella Astillah nekad memfailkan cerai sebelum mereka disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu. K Online



Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati



Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak



Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker