Guan Eng bohong – Mahathir

Guan Eng bohong – Mahathir

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan Lim Guan Eng bahawa dia pernah mengancam untuk memecat pemimpin DAP itu daripada kabinetnya, dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai “pembohongan terang-terangan”.

Menurut Mahathir, dia menghormati kedudukan Lim sebagai pemimpin parti komponen walaupun mereka berbeza pandangan dalam perkara tertentu.

“Saya tidak pernah mengugut untuk memecat Guan Eng. Itu pembohongan terang-terangan. Dia adalah ketua DAP, anggota gabungan. Saya mesti menghormati kedudukannya.

“Satu-satunya menteri yang saya gugurkan ialah Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan (ketika itu),” kata Mahathir dalam satu kenyataan.

Perdana menteri keempat dan ketujuh itu mengulas tulisan bekas setiausaha agung DAP itu semalam yang mendakwa Mahathir secara terbuka mengancam untuk memecatnya tiga kali semasa mesyuarat kabinet berhubung beberapa isu.

Dia mendakwa Mahathir kecewa apabila mendesak kerajaan mengurangkan caj tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebanyak 18 peratus, dan menentang rancangan bekas perdana menteri itu untuk mengharamkan Umno.

Mengulas mengenai isu tol, Mahathir berkata keputusan untuk memansuhkan tol tidak dibuat secara bersendirian.

Menurut Mahathir, tugasnya ialah mempengerusikan mesyuarat kabinet dan kedua-dua mereka mempunyai hak untuk menyatakan pandangan.

“Akhirnya kabinet yang memutuskan; bukan Perdana Menteri sahaja. Menteri Kewangan ada suara. Jika kabinet tak nak menghapuskan tol, maka tol tidak boleh dihapuskan,” katanya.

Mahathir juga menafikan dakwaan Lim bahawa dia mahu mengharamkan Umno sebagai parti politik.

Menurutnya dia terkejut dengan kenyataan dibuat Lim mengenai tugasnya sebagai perdana menteri kali kedua, dan ingin mendengar pendapat orang lain yang pernah bekerja dengannya selama 22 tahun. Mk

Guan Eng bohong – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker