Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis

Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis

Seorang penganalisis politik memberi amaran agar Bersatu lebih berhati-hati dengan desas-desus wujudnya ‘perbincangan tidak rasmi’ antara PAS dengan kerajaan perpaduan kerana melihat parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu mungkin dilemahkan sekiranya perjanjian dicapai.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, PAS akan mengurangkan tekanan terhadap Umno sekiranya menyertai pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim, membolehkan Umno fokus mengukuhkan dirinya.



“Bersatu iktiraf bahawa Umno yang kuat akan menjejaskan daya tarikannya kepada pengundi Melayu.

“Kelompok pengundi Melayu PAS agak berbeza daripada Umno, jadi Umno yang kukuh hanya akan bawa kesan negatif kecil terhadap PAS,” katanya.

Azmi mencadangkan PAS boleh kekal dalam Perikatan Nasional (PN) namun mempunyai hubungan baik dengan kerajaan perpaduan.

Katanya, ini akan mewujudkan keadaan ‘menang-menang’ untuk parti dan kerajaan kerana Anwar tidak perlu merombak Jemaah Menteri, manakala PAS boleh mendapat jawatan penting dalam agensi kerajaan.



Kenyataan Azmi itu berikutan jawapan samar jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil apabila ditanya kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan.

Fahmi berkata, banyak perbincangan diadakan antara menteri besar empat negeri pimpinan PAS, Ahli-ahli Parlimen parti itu dan perdana menteri.

Beberapa pemimpin PAS menyangkal dakwaan itu, malah setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan menyifatkan Fahmi ‘bermain’ persepsi terhadap seteru politiknya.

Bagaimanapun, James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, Bersatu tidak banyak pilihan dalam isu ini kerana PAS ialah parti dominan dalam PN.



“Bukan isu perlu waspada atau apa, ini sekadar mainan angka dan Bersatu tak dapat buat apa-apa,” katanya.

Dalam PN, PAS memegang 43 kerusi Parlimen berbanding 25 oleh Bersatu, menjadikan parti Islam itu lebih berpengaruh dalam gabungan berkenaan.

Kekuatan PAS lebih jelas jika dilihat pada kerajaan-kerajaan negeri di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang semuanya dipimpin parti itu.

“Ini membolehkan mereka mewujudkan rangkaian naungan sendiri,” katanya.



Chin berkata, PAS pasti berminat menyertai semula kerajaan kerana segelintir pemimpinnya menikmati manfaat berada dalam kedudukan berkuasa pada 2020, termasuk memegang jawatan menteri, sehingga Anwar mengambil alih dua tahun kemudian.

Beberapa Ahli Parlimen PAS dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin. Antaranya, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri alam sekitar, Takiyuddin Hassan (menteri undang-undang), dan Khairuddin Aman Razali (menteri perusahaan, perladangan dan komoditi). FMT

Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker