Azharina Azhar hidap kanser, perlu jalani pembedahan

Azharina Azhar hidap kanser, perlu jalani pembedahan

TIADA lagi teka-teki, penyanyi Azharina Azhar mendedahkan didiagnos kanser namun hanya dapat mengetahui jenis sel barah yang menyerangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Kata wanita berusia 39 tahun itu, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar tetapi terpaksa menangguhkannya bagi menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.



Setakat ini saya belum boleh kongsikan lagi butiran lanjut kerana menunggu keputusan laporan perubatan yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan bariatrik minggu depan disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada suka makan.

Satu lagi pembedahan pula membabitkan sakit kanser, cuma kena tunggu dulu laporan perubatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Realiti duet bersama Kozae.

Azharina yang turut menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu itu mengakui keadaan kesihatannya mengganggu aktiviti harian serta emosi namun sentiasa berfikiran positif.



Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, jika berdepan fasa kesakitan dia akan melepaskan perasaan sebelum kembali bangkit.

Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” ujarnya.



Jelasnya, penyakit itu juga memberi kesan pada staminanya serta menyebabkan dia mudah kepenatan selain mendatangkan kemurungan.

Penyanyi itu pertama kali berkongsi menghidap penyakit sewaktu menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023, tetapi tidak memberi perincian lanjut. HG

Azharina Azhar hidap kanser, perlu jalani pembedahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker