2 malam mimpi anak lemas, akhirnya jadi kenyataan

2 malam mimpi anak lemas, akhirnya jadi kenyataan

Lipis: Mimpi anak lemas dua malam berturut-turut menjadi petanda akan kehilangan anak tersayang.

Itu yang berlaku kepada Zara Kueh, 42, ibu kepada Carissa Laura Arthini, setahun 10 bulan yang lemas selepas terjatuh ke Sungai Jelai berdekatan Kampung Semoi Lama, Pos Lenjang, dekat sini 4.55 petang, semalam.

“Dua malam berturut-turut saya bermimpi anak saya jatuh ke dalam sungai dan tidak dapat ditarik untuk diselamatkan.

“Sewaktu kejadian, suami, Jasnibah Sari sedang menebas di kebun yang terletak berdekatan rumah kami dan dia pun tidak menyangka anak bongsu kami boleh pergi ke sungai berdekatan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Lipis hari ini.

Katanya dia mendengar jeritan salah seorang ahli keluarga yang baru pulang dari menoreh getah mengenai kejadian itu.

“Saya terus meluru ke arah sungai yang tidak jauh dengan dengan rumah kami dan mendapati anak bongsu saya tidak sedarkan diri lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Pos Betau.

“Saya lihat tubuh anak terapung di sungai ketika menyeberang jambatan sungai itu,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya anak bongsunya pergi ke rumah nenek dan rumah emak saudaranya yang terletak berdekatan dengan rumah kami dan ketika kejadian saya sedang mengemas di dalam rumah.

“Saya sekeluarga sedih dengan kejadian itu dan amat malang kerana Carissa masih kecil meninggalkan kami buat selama-lamanya. Saya reda,” katanya. HM

2 malam mimpi anak lemas, akhirnya jadi kenyataan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker