UiTM kekal untuk Bumiputera – Zambry
UM dijangka tawar kursus pakar kardiotorasik Okt ini
UiTM kekal untuk Bumiputera – Zambry
Kerajaan hari ini memberi isyarat bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kekal tidak akan dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Sebaliknya, kerajaan dilihat mempunyai penyelesaian berhubung isu untuk membuka program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks universiti kepada bukan Bumiputera.
Bercakap di Parlimen hari ini, Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abd Kadir berkata terdapat keperluan untuk mengekalkan kemasukan UiTM hanya untuk Bumiputera, atas alasan jurang sosioekonomi dengan bukan bumiputera.
“Laporan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih terdapat jurang ekonomi melibatkan bumiputera dari segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga kerja mahir serta kelayakan profesional.
“Malah kadar miskin mutlak dalam kalangan bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.
“Oleh yang demikian, pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak ini masih diperlukan dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan merapatkan jurang antara kaum terutamanya apabila melibatkan aspek sosio ekonomi,” kata Zambry di Dewan Rakyat hari ini.
Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) jika kerajaan akan meminda Akta UiTM untuk membuka kemasukan kepada bukan Bumiputera.
Dalam soalan susulan, Ramkarpal turut mempersoalkan sama ada institusi lain akan menawarkan program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks yang boleh didaftarkan oleh bukan bumiputera sebagai menangani kekurangan pakar dalam bidang tersebut.
Sehubungan itu, Zambry mendedahkan Universiti Malaya akan mula menawarkan program itu pada Oktober ini, dan ini akan diikuti oleh universiti lain.
Katanya kursus berkenaan juga dijangka turut ditawarkan oleh IPT lain selepas itu.
“… di peringkat kementerian (Kementerian Pendidikan Tinggi), kita cuba cari pendekatan terbaik bagaimana kita mahu selesaikan masalah ini.
“Jadi Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, isu-isu seperti ini akan kita selesaikan dengan segera.
“Kita (kerajaan) jangkakan pada Okt nanti isu kursus berkaitan kardiotorasik ini akan dapat diselesaikan.
“Maknanya ada laluan (tempat) lain selain UiTM (Universiti Teknologi Mara), ada juga di universiti lain yang akan menawarkannya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Mk
UiTM kekal untuk Bumiputera – Zambry
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.