PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM

PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) menerima maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Melalui kenyataan media dikeluarkan, PROLINTAS memaklumkan komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.



“PROLINTAS terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” jelas kenyataan itu.

Semalam SPRM memaklumkan menahan reman lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun 2024.

Manakala, lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun 2024.



Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, tiga suspek daripada syarikat konsesi berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita, manakala pemilik syarikat itu pula membabitkan lima lelaki yang kesemua berusia sekitar 40 hingga 50-an ditahan dalam Ops Lintas antara jam 8 hingga 11 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik-pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.

“Selain itu, mereka juga dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek itu adalah berjumlah RM 11 bilion,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. HM

PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker