Mahkamah Jenayah Antarabangsa keluar waran tangkap terhadap ketua tentera dan bekas Menteri Pertahanan Russia

 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergey Shoigu dan Ketua Staf Am, Valery Gerasimov.

ICC dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan terhadap dakwaan jenayah antarabangsa yang dilakukan dua individu terbabit di Ukraine antara 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023.

Shoygu dan Gerasimov didakwa mengarahkan serangan ke atas infrastruktur awam yang mengakibatkan kecederaan serta melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan, menurut kenyataan itu.

“Kedua-dua waran tangkap itu dikeluarkan berikutan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan.

“Dewan Pra-Perbicaraan II menganggap terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kedua-dua suspek bertanggungjawab ke atas serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh angkatan bersenjata Russia terhadap infrastruktur elektrik Ukraine dari 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023,” katanya.

Menurut kenyataan mahkamah, kandungan waran itu diklasifikasikan untuk melindungi saksi dan penyiasatan.

“Bagaimanapun, mengambil perhatian bahawa kelakuan yang serupa dengan apa yang dinyatakan dalam waran tangkap, juga pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa nampaknya berterusan.

“Dewan menganggap bahawa kesedaran awam mengenai waran itu boleh menyumbang kepada pencegahan jenayah selanjutnya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker