Keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sedang diteliti – Rafizi
Keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sedang diteliti – Rafizi
Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, katanya buat masa ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel yang dilaksanakan bermula 10 Jun lalu sehingga penyasaran subsidi itu menjadi stabil, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan.
Katanya, dalam masa yang sama, penelitian itu untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara dan mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel.
“Jika rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai bila subsidi bersasar akan dilaksanakan sepenuhnya seperti kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 November 2022 dan adakah subsidi bersasar bagi petrol akan dilaksanakan tahun ini, selain jaminan kerajaan yang harga barang tidak akan terus meningkat selepas subsidi bersasar dilaksanakan.
Rafizi menjelaskan, pelaksanaan rasionalisasi subsidi juga akan membantu kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.
“Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program dan projek yang lebih memberi manfaat serta benar-benar diperlukan rakyat, seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam, termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan,” katanya. BH
Keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95 sedang diteliti – Rafizi
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan
You must be logged in to post a comment.