‘Curi’ 10 sen duit pelanggan yang bayar guna kod QR
‘Curi’ 10 sen duit pelanggan yang bayar guna kod QR
Melaka: Peniaga kedai makan di Jalan Tun Ali, di sini, yang mengenakan caj tambahan minimum 10 sen untuk setiap transaksi kod QR di premis mereka, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, hari ini.
Ia susulan aduan orang awam berhubung tindakan peniaga berkenaan yang didakwa mengenakan caj satu peratus ke atas pengguna yang membayar menerusi kod QR.
Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, hasil semakan pihaknya dengan penyedia perkhidmatan pembayaran tanpa tunai itu mendapati tiada caj sedemikian dikenakan kepada pelanggan.
“Selepas kita mengadakan pengesahan, penyedia perkhidmatan mengesahkan bahawa tiada caj dikenakan terhadap perkhidmatan secara dalam talian seperti dilakukan peniaga berkenaan.
“Justeru kami dapati tindakan peniaga terbabit yang dikesan dilakukannya sejak awal tahun ini adalah satu kesalahan dan pihak KPDN negeri sudah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.
“Saya menegaskan bahawa kenaikan harga ini tidak berlaku selepas kenaikan diesel, ini dilakukan sejak awal tahun dan terdapat unsur mengambil kesempatan,” katanya ketika selepas mengetuai operasi itu, hari ini.
Siasatan dilakukan atas kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, manakala peniaga premis itu dikompaun RM200 selepas didapati tidak mempamerkan tanda harga.
Sementara itu, peniaga wanita berusia 60-an itu mendakwa caj berkenaan ditentukan oleh pihak bank, bukan pihaknya.
“Kalau nak bayar guna ‘scan’ (imbas kod QR), kena tambah 10 sen bagi setiap RM10 harga makanan. Kalau RM30 kena caj 30 sen sebab bank suruh bukan saya suka-suka,” katanya.
Dakwanya, caj 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai itu awal tahun ini.
Beberapa pelanggan terkejut apabila turut dikenakan caj terbabit.
Pelanggan yang mahu dikenali sebagai Talib berkata, dia terpaksa membayar RM14.20 untuk harga sarapan pagi walaupun harga makanan dinikmati adalah RM14.
“Terkejut juga sebab belum pernah lagi saya makan di kedai lain kena caj tambahan sebegitu walaupun cuma 20 sen hanya dengan alasan caj itu ditetapkan oleh pihak bank.
“Malah, tiada sebarang notis makluman ditampal dan saya hanya mengetahui caj itu ketika hendak membuat pembayaran, saya rasa teraniaya,” katanya. HM
‘Curi’ 10 sen duit pelanggan yang bayar guna kod QR
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.