Bukan keris biasa
Keris Anak Alang dipercayai mempunyai 'kuasa'.
Bukan keris biasa
TEMERLOH – Sebilah keris dikenali Keris Anak Alang berusia ratusan tahun berasal dari Chenor, Maran dipercayai mempunyai ‘kuasa pembesar’ antara lebih 1,000 koleksi Galeri Warisan Semantan di Kampung Batu Empat Jalan Maran-Temerloh di sini.
Pemilik Galeri Warisan Semantan, Mohamad Muzammir Mohd Basari berkata, keris dipercayai milik seorang pembesar pada zaman dahulu itu diserahkan kepada warisnya semasa negara dalam Covid-19 pada 2021.
“Saya mula menyedari keris itu bukan artifak sebarangan apabila seorang rakan yang ‘pandai keris’ memaklumkan bahawa keris itu merupakan keris kuasa pembesar zaman dahulu.
“Berdasarkan bentuk dan gaya pembuatannya keris itu hanya ditempa di Chenor yang satu ketika dahulu merupakan pusat pentadbiran kesultanan dan perkembangan Islam ternama di Nusantara.
“Keris Anak Alang sepanjang 30.48 sentimeter tanpa sarung masih gah disimpan di galeri Warisan Semantan bersama koleksi lain yang tidak kurang hebat nilai estetikanya,” katanya di sini semalam.
Jelasnya, Keris Anak Alang ini ada ‘ibu bapanya’ yang dikenali Keris Salang atau Keris Alang yang lebih panjang.
Dalam pada itu Mohamad Muzammil berkata, minatnya untuk menyimpan barangan antik datang sendiri dalam jiwa sejak 2012.
Katanya, hobi itu juga menyebabkan dia sanggup menjelajah seluruh negara malah ke luar negara seperti ke Indonesia untuk melengkapkan koleksinya.
Dia memberitahu, koleksi lain yang disimpannya ialah pedang Makara tahun 1890 yang yang dibeli dengan harga kira-kira RM1,200 di Riau, Indonesia pada 2019.
“Setakat ini pelbagai koleksi telah dikumpul seperti pedang, keris, tombak, mata wang Kesultanan Melayu, barang tembaga, pending, caping, kerambit, cincin selain duit lama serta mata wang seluruh dunia.
“Saya lebih selesa mengumpul artifak dan tidak terfikir untuk menjual koleksi sedia ada walaupun ditawarkan dengan harga lumayan,”katanya. K Online
Bukan keris biasa
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan
You must be logged in to post a comment.