MP kerajaan faham isu Blackrock lepas penjelasan terperinci – Ahmad Maslan

MP kerajaan faham isu Blackrock lepas penjelasan terperinci – Ahmad Maslan

Kerajaan akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu rancangan penjualan pegangan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam sehari dua lagi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan.

Menurutnya ini selepas ahli-ahli parlimen kerajaan perpaduan diberikan penjelasan yang terperinci mengenai perkara itu.

“Isu BlackRock sehari dua lagi akan dibuat penjelasan, ahli-ahli parlimen kerajaan perpaduan telah diberi penjelasan yang detail (terperinci) semalam (kelmarin) di Sri Perdana, dan kami fahamlah tentang isu itu.

“Saya akan memastikan ia akan disampaikan kepada khalayak tentang penjelasan itu,” katanya kepada media selepas berceramah di Kampung Makau Suah, Nibong Tebal, malam tadi.

Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya berkata demikian ketika ditanya mengenai percanggahan kenyataan dan pendapat di kalangan pimpinan Umno berhubung isu berkenaan.

Semalam Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata menteri daripada Umno telah menyatakan pandangan kepada kerajaan agar tidak meneruskan penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

GIP adalah syarikat yang dalam proses diambil alih oleh Blackrock, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel selain melabur dalam syarikat yang membekal senjata kepada regim Zionis.

Bagaimanapun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian partinya senada dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung rancangan penjualan pegangan Malaysia MAHB, sambil menyifatkan kenyataan Mohamad sebagai peribadi dan tidak mewakili Umno.

Sementara itu mengulas mengenai kempen PRK Sungai Bakap, Ahmad berkata dia yakin kemarahan ahli Umno susulan parti itu menyertai kerajaan perpaduan khususnya bersama DAP kini sudah reda.

Justeru pihaknya yakin kira-kira 5,800 ahli Umno di Sungai Bakap akan mengundi calon PH Joohari Ariffin yang berdepan cabaran calon PN Abidin Ismail.

“Di negeri Pulau Pinang dan Selangor ini sudah reda, sebab mereka sudah lama melihat kerajaan PH yang dalamnya ada DAP, buktinya di Kuala Kubu Bharu mudah saja kita menang.

“Jadi di Sungai Bakap ini juga mereka sudah melihat bagaimana kerajaan PH dengan ketua menterinya daripada DAP melaksanakan segala program, tiada penindasan, malahan ada program yang lebih baik dibuat di sini berbanding negeri lain.

“Mereka sudah biasa dan saya tidak nampak ia menjadi satu masalah. Kalau di empat negeri PN saya akui ada masalah tetapi di Pulau Pinang dan Selangor mereka (ahli Umno) lebih memahami,” katanya. Mk
MP kerajaan faham isu Blackrock lepas penjelasan terperinci – Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker