Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit

Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit

Satu delegasi Umno diketuai Presidennya, Zahid Hamidi “dibasuh” teruk Dr Mahathir Mohamad ketika cuba berbaik dengannya selepas Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada 2018, menurut sebuah buku mengenai politik pasca-2018.

Zahid menggesa Mahathir mengetepikan perbezaan politik dan menyertai pakatan Umno dan PAS untuk memperkukuh kedudukan politik orang Melayu sangat lemah selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa dengan Mahathir dilantik perdana menteri.



Penulis Romen Bose memetik sumber sebagai berkata, Mahathir kelihatan “terlalu marah” dengan cadangan Zahid itu.

“Pembantunya berkata mereka tidak pernah lihat Mahathir marah seperti itu, malah memarahi Zahid dan delegasi Umno. Mahathir tak ubah seperti seorang bapa atau masih presiden Umno kerana beliau berang dan tidak henti memarahi mereka sepanjang pertemuan itu,” tulis Bose dalam bukunya bertajuk “Shattered Hopes”.

Menurutnya, Mahathir menyelar mereka selama 45 minit kerana berpihak kepada Najib Razak serta “memusnahkan Umno dan membawa kehancuran kepada orang Melayu”.

“Beliau menggelar mereka bangang, pertama kerana hilang sokongan orang Melayu dengan begitu teruk sehingga merosakkan negara, dan kedua sebab tampil dengan cadangan seolah-olah keadaan antara mereka boleh diperbaiki demi perpaduan orang Melayu.”



Mahathir yang juga pengerusi Bersatu ketika itu memberitahu mereka, partinya atau PH tidak mungkin menerima cadangan disifatkannya mengarut, walaupun mendapat sokongan semua Ahli Parlimen Umno dan PAS, menurut Bose.

“Mahathir memanggil Umno busuk dan jijik, serta beliau tak mungkin menerima Umno lagi dalam bentuknya sekarang atau sebagai rakan sekutu dalam apa jua cara.”

Sebaliknya, beliau memaklumkan delegasi Umno itu bahawa satu-satunya cara untuk mara ialah semua ahli parti itu menyertai Bersatu terlebih dulu sebagai ahli biasa.

Sumber memberitahu Bose, Mahathir meletakkan syarat seluruh kepimpinan Umno perlu mengisytiharkan aset mereka dan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan penuh terhadap kekayaan mereka. Hanya selepas diisytiharkan bersih oleh SPRM, barulah mereka layak menyertai Bersatu.



Rancangan Mahathir ialah supaya Ahli Parlimen Umno menyertai Bersatu atau dibiarkan terumbang-ambing, kata sumber dipetik Bose.

Tetapi, Bose berkata, Mahathir tidak menaruh harapan tinggi jumlah Ahli Parlimen Bersatu akan bertambah dengan ketara dan bimbang “realpolitik akan memaksanya menerima individu tercemar”.

Dr M tak mahu Anwar menang di Port Dickson

Menurut sumber Bose, delegasi Umno itu, Mahathir dan pembantunya turut membincangkan PRK yang melihat Anwar Ibrahim bertanding untuk membolehkannya menjadi Ahli Parlimen, seterusnya layak dilantik perdana menteri kelak.



Berdasarkan reaksi Mahathir, jelas kepada perwakilan itu dan pembantunya bahawa beliau tidak mahu Anwar menang, malah secara peribadi Mahathir tidak dapat menerima Anwar menjadi perdana menteri seterusnya walaupun telah secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Anwar.

“Susulan pertemuan itu, Mahathir memberitahu pembantunya bahawa Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan) patut mempertimbangkan untuk bertanding dan menang di Port Dickson sebagai cara menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.”

Bagaimanapun, jelas daripada perbincangan itu bahawa Mohamad takut untuk bertanding kerana bimbang bekas “warlord” Umno di Negeri Sembilan, Isa Samad, akan cuba mensabotaj kempennya.

Walaupun pertemuan dengan Mahathir itu tidak membuahkan hasil positif, Bose berkata Zahid dan kepimpinan Umno tidak sekadar pasrah menerima keadaan.



Menyifatkan Zahid sebagai seorang “survivor”, beliau berkata presiden baharu Umno itu tahu beliau perlu membawa parti dan gabungannya kembali berkuasa, dan itu menjadi fokus beliau sepenuhnya.

“Dan peluang kemudian menyusul, yang berakhir dengan apa yang kini dikenali sebagai Langkah Sheraton,” menurut Bose.

Langkah Sheraton merujuk kepada mainan politik yang membawa kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menarik partinya daripada kerajaan campuran PH, seterusnya membawa kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional-Umno, 22 bulan selepas PRU 2018.

Buku baharu Bose bertajuk “Shattered Hopes” menawarkan perspektif dalaman terhadap apa yang berlaku selepas PRU 2018, di mana PH menamatkan pemerintahan BN selama enam dekad.



Buku itu akan dijual mulai 30 Jun ini. FMT

Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker