Ingatkan tulang haiwan – Penjaga kebun durian
Ingatkan tulang haiwan – Penjaga kebun durian
BATU PAHAT: “Empat hari lalu, saya ada jumpa beberapa tulang berhampiran tebing dalam kebun durian tapi tak sangka ia milik manusia,” kata penjaga kebun durian yang hanya dikenali sebagai Wong, susulan penemuan rangka manusia dipercayai milik Hafiz Fauzan Abd Halid.
Difahamkan, rangka manusia itu ditemui pekerja pembersihan ketika menjalakan kerja memotong rumput di tepi Jalan Yong Peng-Muar, dekat Kampung Sri Wangi, di sini, pagi semalam.
Menurut Wong, 72, dia langsung tidak mengusik tulang terbabit kerana menyangka ia milik haiwan memandangkan sebelum ini pernah menemui tulang haiwan yang mati di kawasan terbabit.
“Memang banyak haiwan mati dalam kebun ini malah kerap jumpa bangkai dan tulang, sebab itu saya tidak peduli. Saya hanya tahu bila polis datang ke kebun.
“Barulah saya tahu tulang yang dijumpai adalah tulang manusia. Saya juga dimaklumkan, ada motosikal di celah pokok.
“Setiap hari selama sebulan, saya keluar masuk kebun ini untuk mencari durian namun tiada pula ternampak objek mencurigakan,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Menurutnya lagi, selepas penemuan rangka itu, dia diminta membuat laporan polis pada hari sama.
Beliau berkata, kebun durian itu dipenuhi semak dengan kerja pembersihan termasuk memotong rumput hanya dilakukan sejak 20 hari lalu memandangkan ketibaan musim durian.
Sementara itu, penyelia tapak projek pembinaan Kompleks Penghulu Mukim VI Linau, Mohd Rizza Masri, 38, dia bersama pekerja lain tidak menghidu bau kurang menyenangkan walaupun kedudukannya tidak jauh dari lokasi itu.
Pada hari penemuan rangka itu, katanya, dia bersama rakan seperti biasa menjalankan kerja harian yang dimulakan sejak dua bulan lalu dan mereka tidak menghidu bau kurang menyenangkan.
“Saya tahu ada pelajar hilang sejak bulan lalu tapi tak jangka ditemui di sini. Kami pun tidak terkata-kata selepas penemuan rangka terbabit,” katanya.
Semalam, polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam kebun durian yang disyaki milik Hafiz Fauzan, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) selepas dilaporkan hilang 26 Mei lalu.
Turut ditemui motosikal tersangkut di celah batang pokok bersebelahan kebun durian selain jaket dan topi keledar yang dikatakan hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.
Susulan penemuan rangka terbabit, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta pembabitan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah bagi mengenalpasti jika wujud unsur lain yang menyebabkan kematian mangsa.
Polis turut mengambil sampel daripada ahli keluarga mangsa untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan rangka terbabit. BH
Ingatkan tulang haiwan – Penjaga kebun durian
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan
You must be logged in to post a comment.