Potong pergelangan tangan, 6 ditahan reman

Potong pergelangan tangan, 6 ditahan reman

Enam individu direman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes gaduh hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki di Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 23 hingga 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Adilah Mokhtar di Mahkamah Majistret Ipoh.



BH melaporkan, ia bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.

Terdahulu, tiga lelaki warga tempatan parah diserang kira-kira 20 individu bertopeng yang bersenjatakan parang serta kayu pada kejadian 11.03 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pergelangan tangan manusia ditemui di lokasi pergaduhan oleh anggota bomba yang memadamkan kebakaran sebuah kereta.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dipetik berkata, pergaduhan dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.



Potong pergelangan tangan, 6 ditahan reman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia



Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker