BlackRock: Akmal sekolahkan Sathia Prakash
BlackRock: Akmal sekolahkan Sathia Prakash
Analogi penjualan karipap dijadikan analogi bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan BlackRock Inc dan syarikat milik penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP) dalam pembelian saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, melalui analogi berkenaan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan seharusnya faham isu tersebut.
“Ada beza pegangan saham yang terbuka dengan jual saham secara terus. Pegangan saham secara terbuka, sesiapa sahaja boleh beli berbanding isu saham MAHB ini dijual secara terus kepada BlackRock.
“Kalau tak faham juga saya bagi analogi macam nilah, saya jual karipap di pasar malam dan sesiapa sahaja boleh beli, berbanding saya buat karipap dan datang rumah kamu dan minta kamu beli karipap yang saya buat. Kalau tak faham juga, tak taulah,” kata Dr. Muhammad Akmal.
Dr. Sathia sebelum ni dilaporkan meminta Dr. Muhammad Akmal agar bersikap lebih jujur ketika memberi pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan semasa.
Beliau mempersoalkan mengapa Ketua Pemuda UMNO tersebut mengkritik pelaburan Blackrock di negara ini pada masa ini tetapi tidak tidak berbuat demikian ketika pentadbiran BN yang lalu.
“Saya berasa pelik apabila Akmal kata pemuda UMNO tidak setuju dan meminta kerajaan menolak penjualan 30 peratus saham (MAHB) tersebut dan menggesa agar kerajaan menghentikan usaha tersebut kerana pemilik Blackrock, Larry Fink merupakan penyokong Israel.
“Tapi saya tak lihat Akmal memberi sebarang kenyataan berhubung bagaimana Blackrock boleh menjadi pemegang saham kedua terbesar di negara kita.
“Adakah Akmal tak berani kerana kerajaan ketika itu dipimpin oleh BN,” katanya.
Dr. Muhammad Akmal kemudian membalas kenyataan tersebut secara sinis sama ada Dr. Santia akan membuat bantahan apabila diesel bahan api dinaikkan.
“Nak tanya juga, dulu kamu turun berguling tak masa petrol naik 20 sen? Sekarang tak nak buat ke?” tanya Dr. Muhammad Akmal.
GIP yang dimiliki sepenuhnya Blackrock, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel, selain melabur dalam syarikat yang membekal senjata kepada regim Zionis.
Dr. Muhammad Akmal baru-baru ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ekonomi Malaysia akan terjejas jika kerajaan memutuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara. MG
BlackRock: Akmal sekolahkan Sathia Prakash
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan