Anak Hamzah mengaku tak salah terima rasuah RM100,000

Anak Hamzah mengaku tak salah terima rasuah RM100,000

Seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000.

Muhammad Faisal Hamzah, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayub, menurut Berita Harian.



Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima rasuah daripada Izmir Abd Hamid, sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.



Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam bela Ravinder Singh Dhalliwal.

Mahkamah membenarkan Faisal dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Rozina turut menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada April tahun lalu, Faisal turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi.



Anak Hamzah mengaku tak salah terima rasuah RM100,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker