Kes Hannah Yeoh: DAP, Tony Pua hipokrit, wajah sebenar mereka terdedah

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi menyifatkan bekas ahli Parlimen DAP Tony Pua sebagai hipokrit kerana tampil menyokong Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Tiba tiba sahaja Tony Pua muncul macam malaikat. Dia bawa hujah hipokrit untuk membela Hannah Yeoh.

“Sedangkan isu yang berbangkit dan jadi kontroversi ialah isu tata kelola, konflik kepentingan dan double standard dari segi penyiasatan,” tulis Mohd Puad pada satu hantaran di media sosial.



Ini selepas Pua tampil mempertahankan pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) oleh kerajaan Selangor sebagai satu daripada dua syarikat yang menjalankan projek perintis bas atas permintaan.

Pemilik dan CEO syarikat itu Ramachandran Muniandy merupakan suami Yeoh manakala seorang lagi pengasas bersama Asia Mobiliti Premesh Chandran ialah pengarah dan bekas CEO Malaysiakini.

Sebagai tindak balas, Puad berkata walaupun syarikat suami Yeoh mempunyai pengalaman yang diperlukan ia tidak mewajarkan untuk menolak tadbir urus yang betul.

Mengikut Belanjawan Selangor 2024, RM5 juta diperuntukkan tahun ini untuk projek DRT.



Sementara itu, Mohd Puad berkata siasatan perlu dilakukan kerana isu yang dibangkitkan mengenai kedudukan Yeoh dalam kepimpinan DAP dan exco Selangor yang meluluskan projek itu juga dari parti yang sama.

“Apakah tidak mungkin dengan satu mesej ‘pm tepi’ konflik kepentingan tidak boleh berlaku,” dakwa Mohd Puad.

Pua sebelum ini turut membidas pihak yang membandingkan isu Yeoh dengan bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil, yang suaminya – pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) Mohamad Salleh Ismail – terlibat dalam tuntutan mahkamah untuk menuntut semula pinjaman RM250 juta.

Sementara itu, Mohd Puad turut mempersoalkan perbandingan yang dilakukan Pua apabila selepas 12 tahun Shahrizat dan suaminya diputusakan mahkamah sebagai tidak bersalah.



“Tony Pua kata Hanna Yeoh mangsa persepsi. Apakah Shahrizat dan suaminya bukan mangsa persepsi selama 12 tahun?

“Mahkamah putus mereka tidak bersalah.

“Mujur Tony Pua tidak lama dalam Kementerian Kewangan dan jadi orang berpengaruh di situ. Mungkin akan banyak hipokrasi berlaku atas nama prestasi dan kealiman,” kata Mohd Puad lagi.

Semalam Yeoh membuka mulutnya mengenai perkara itu, berkata dia mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.



“Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan bukti yang mewajarkan dakwaan untuk keluar daripada siasatan ini,” katanya pada hantaran di Instagram.

Untuk rekod, NFC menjadi bidasan pembangkang apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa kelemahan yang menyebabkan syarikat itu tidak mampu memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pada tahun 2007, kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi meluluskan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus kepada NFC untuk memajukan industri ternakan lembu daging tempatan.

Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat ketika itu menuduh Salleh dan anak-anaknya menggunakan dana itu untuk pelaburan yang tidak ada kena mengena dengan terma pinjaman kerajaan, seperti dakwaan membeli beberapa unit kondominium mewah di dalam negara, Singapura dan Kazakhstan, selain membeli tanah di Putrajaya.



Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2012 telah membersihkan penglibatan Shahrizat dalam pemberian pinjaman kepada NFC.

Walaupun dibicarakan pada Mac 2012 namun Mahkamah Sesyen pada 2015 telah melepas dan membebaskan Salleh daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

Sementara itu, dalam kes saman sivil berasingan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober 2023 memutuskan kerajaan gagal membuktikan sebarang salah guna berkaitan pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker