Prestasi Anwar ‘agak baik’ – Ku Li
Tetapi agenda reformasi berjalan perlahan.
Prestasi Anwar ‘agak baik’ – Ku Li
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Anwar Ibrahim menunjukkan prestasi “agak baik” sebagai perdana menteri, walaupun berdepan cabaran besar dalam menguruskan ekonomi negara.
Beliau yang lebih dikenali Ku Li berkata, masalah utama Anwar terletak pada ekonomi, yang terkesan akibat penyusutan nilai ringgit dan kenaikan inflasi.
“Kos sara hidup meningkat. Bahkan di kawasan luar bandar, anda perlu import barang,” kata bekas menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 itu dalam wawancara eksklusif bersama FMT.
“Anda kena beli barang di sini (Kuala Lumpur) dan bawa ke Gua Musang. Disebabkan ia libat banyak wang, rakyat merasainya.”
Bekas Ahli Parlimen Gua Musang lapan penggal itu berkata, antara cabaran besar dihadapi Anwar ketika mengambil alih kerajaan pada November 2022 ialah kemerosotan ringgit.
Pada Februari, nilai ringgit berbanding USD mencecah RM4.80, paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia pada 1997.
Selasa lalu, Anwar berucap di Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam berkata, kadar tukaran ringgit pulih ke “paras baik” pada RM4.69, mengukuh seiring ekonomi bertambah baik yang berkembang kepada 4.2% pada suku pertama tahun ini berbanding 2.9% pada suku keempat 2023.
Tengku Razaleigh juga mendapati pentadbiran Anwar dikritik atas reformasi perlahan yang dijanjikannya ketika mengetuai pembangkang sebelum PRU15.
Selain “satu atau dua” pencapaian, katanya, pentadbiran Anwar sebahagian besarnya gagal melaksanakan agenda “Reformasi” yang dijuarainya.
Bagaimanapun, beliau berkata, mungkin banyak pembaharuan dicadangkan itu memerlukan analisis mendalam.
“Anda perlu bercakap dengan rakyat. Anda perlu benar-benar memahami masalahnya.
“Dan jika ada mahu melakukan pembaharuan, anda kena pastikan pendekatan (baharu itu dapat menangani) masalah (sedia ada dengan berkesan).”
Tengku Razaleigh juga berkata, penangguhan dalam melaksanakan pembaharuan mungkin disebabkan tanggungjawab meluas sebagai perdana menteri.
Katanya, Anwar tidak boleh diharapkan menangani semuanya serentak, manakala kebanyakan ahli Jemaah Menteri masih baharu dalam kerajaan. FMT
Prestasi Anwar ‘agak baik’ – Ku Li
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun
You must be logged in to post a comment.