LHDN jangan cari saya – Kasih Leona

LHDN jangan cari saya – Kasih Leona

Menjana pulangan lumayan menerusi laman sosial, pempengaruh Kasih Iris Leona mendedahkan pernah meraih pendapatan sehingga RM30,000 sebulan.

Katanya, seseorang pensohor dan pencipta kandungan sepenuh masa mampu menikmati perolehan tinggi bergantung kepada tahap populariti serta konten masing-masing.



“Seingat saya ketika saya lakukan pekerjaan ‘influencer’ sepenuh masa, saya boleh dapat sekurang-kurang RM20,000 hingga ke RM30,000 sebulan.

“Tetapi pendapatan itu bergantung juga kepada populariti seseorang pempengaruh sama ada dia relevan dan sebanyak mana konten dihasilkan,” katanya dalam podcast atau audio siar Apa Cerita?.

Menurut anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, sejak melanjutkan pengajian di United Kingdom, dia mula mengurangkan aktiviti sebagai pencipta kandungan.

“Sekarang saya sudah sambung pengajian di UK dan buat di sana, jadi saya tidak dapat sebanyak yang sebelum ini pada waktu sekarang,” ujarnya.



Begitupun, Kasih Leona, 22, kemudian menarik balik kenyataan awalnya dengan membetulkan anggaran jumlah sebenar yang diperolehi.

Bahkan secara berseloroh dia meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jangan memburunya hanya disebabkan pendapatan yang pernah diperolehi sebelum ini.

“Mungkin bukanlah RM30,000 tapi RM10,000 ke RM20,000, tapi (LHDN) janganlah datang cari saya dan kenakan cukai pula.

“Sebab saya sedang sambung pengajian di UK dan dah tidak raih sebanyak itu lagi. Jangan datang atau DM (mesej) saya tanya,” katanya secara berseloroh.



Kasih Leona kini memiliki sejuta pengikut dalam TikTok dan 500,000 pengikut di Instagram selain lebih 100,000 pelanggan (subscribers) menerusi saluran YouTube.

Leona yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman itu mempunyai kelompok peminat tegar dan memiliki populariti setara artis malah banyak hantaran atau videonya meraih perhatian sehingga tular. K Online

LHDN jangan cari saya – Kasih Leona

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker