Britney Spears bikin kecoh

Britney Spears bikin kecoh

Bintang Pop terkenal, Britney Spears kini perlu berjalan dengan kaki tercedera selepas insiden pergaduhan dengan kekasihnya, Paul Soliz di sebuah hotel di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, baru-baru ini.

“Berjalan dengan kaki cedera, sekiranya saya berjalan laju ia akan kebas,” tulis penyanyi lagu Toxic itu dalam laman Instagram (IG) miliknya.



Spears, 42, turut memaklumkan dia pernah menjalani tiga pembedahan pada bahagian kaki.

“Dua kali di lutut dan sekali di bahagian kaki. Mereka selalu kata ia akan sembuh dengan sendirinya, tapi peluang untuk saya cedera lagi juga besar.

“Saya selalu menjalani pembedahan dan ia lebih menyakitkan selepas pembedahan demi pembedahan, jadi saya berdegil kali ini.

“Saya mahu lihat sekiranya badan saya tahu untuk sembuh dengan sendirinya,” katanya.



Baru-baru ini, Spears berkongsi gambar kaki yang bengkak selepas paramedik memberikan maklum balas susulan insiden membabitkan Spears dan Soliz di Chateau Marmont, LA.

Dalam video itu, bintang pop itu berkongsi gambar antara kaki yang normal dengan kaki yang cedera. Kakinya yang cedera berganda dengan lebam sekitar buku lali, lutut dan jari kaki.

Nama Spears hangat diperkatakan minggu lalu susulan pergaduhannya dengan Soliz di hotel.

Sumber terdekat Spears memberitahu media tempatan, ambulans dihubungi disebabkan pergaduhan pasangan itu.



Sebelum itu, foto penyanyi lagu Oops! I Did It Again tular di media sosial apabila dirinya dilihat hanya berkaki ayam sambil badan dibalut dengan selimut tanpa memakai baju.

Spears kelihatan tertekan sambil memegang bantal berwarna putih yang didakap pada dada dan diiringi oleh pengawal keselamatan.

Walaupun Spears berkongsi gambar kaki yang cedera, namun menafikan laporan bergaduh bersama Soliz.

“Hanya memaklumkan kepada semua, berita (pergaduhan) palsu. Saya terkehel buku lali dan paramedik tiba di hadapan pintu rumah saya. Mereka tidak masuk dalam bilik, tapi saya rasa benar-benar diganggu,” katanya.



Sumber terdekat kepada bekas suami Spears iaitu Sam Asghari, memberitahu, dia simpati Spears tidak dikelilingi oleh individu yang positif dalam hidupnya.

Insiden itu berlaku selepas perceraian Spears bersama Asghari dimuktamadkan. Spears dan Asghari baru sahaja memfailkan perceraian, menandakan sudah sepakat berpisah.

Terdahulu, Spears dan Asghari mengumumkan pertunangan pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di LA pada Jun 2022. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Spears.

Sebelum ini, Spears pernah berkahwin dengan Jason Alexander pada 2004. Namun, ikatan itu hanya bertahan 55 jam sebelum mereka bercerai.



Perkahwinan kedua Spears bersama penari, Kevin Federline pada 2004 juga berakhir dengan perceraian, setahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. BH

Britney Spears bikin kecoh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker