Bekas timbalan menteri pendidikan bela sekolah vernakular

PETALING JAYA: Sistem sekolah vernakular Malaysia selaras dengan prinsip Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), kata bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan.

“Sistem sekolah vernakular di Malaysia selaras dengan syor Unesco bahawa pelajar belajar dengan lebih baik dalam bahasa ibunda sendiri,” katanya dalam episod audio siar The Goodcast Show hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang menggesa agar penilaian menyeluruh dijalankan terhadap sekolah vernakular, kajian mendalam dilakukan untuk menambah baik sistem pendidikan negara, dan model pendidikan integratif dirancang berdasarkan nilai bersama dan semangat kekitaan.



Kamalanathan berkata, tidak tepat menyalahkan sekolah vernakular atau pelajarnya atas kelemahan perpaduan.

“Tumpuan harus diberikan kepada reformasi pendidikan menyeluruh yang memupuk persekitaran di mana semua pelajar, tanpa mengira jenis sekolah mereka, boleh berkembang maju dan menyumbang secara positif kepada masyarakat,” katanya.

Beliau juga berkata, masalah itu bukan terletak pada pelajar mahupun sekolah.

Sebaliknya, beliau menganjurkan pendekatan holistik, menyeru para pendidik, penggubal dasar dan masyarakat agar bekerjasama mewujudkan persekitaran pendidikan inklusif yang menggalakkan perpaduan tanpa mengabaikan kepelbagaian budaya.



Pada Mac lepas, Akmal berkata, Pemuda Umno akan mencadangkan sistem persekolahan tunggal kepada kerajaan untuk memupuk keharmonian kaum.

Katanya, Pemuda Umno berpandangan, ketegangan kaum berpunca daripada pengasingan di sekolah.

“Sudah tiba masanya Malaysia menghentikan pengasingan dan perpecahan ini. Tiada jalan pintas untuk mencapai perpaduan. Jalan menuju perpaduan panjang, berliku dan mencabar, tetapi ia bermula dengan satu langkah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun



7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)



Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker