Kerajaan Madani perlu bela nasib penduduk Kampung Sri Makmur

GOMBAK: Kerajaan negeri Selangor digesa membela nasib penduduk Kampung Sri Makmur yang tidak menerima sebarang insentif pemindahan se­telah kediaman mereka diro­bohkan Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, hanya 21 daripada 153 keluarga di kampung setinggan itu mendapat pampasan berjumlah RM1,000 dan tawaran untuk berpindah ke rumah SelangorKu.

Tegasnya, pihak kerajaan per­lu segera mempertimbangkan nasib 132 keluarga yang belum menerima bantuan mahupun tempat tinggal dengan adil dan bertanggungjawab.



“Sehingga kini tidak ada satu kenyataan mahupun sebarang tindakan daripada kerajaan ne­geri untuk menjamin kebajikan ataupun memelihara keharmonian dalam kalangan penduduk di sini.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya teguh bersolidariti bersama kesemua 153 keluarga yang terlibat secara keseluruhan.

“Saya yakin selaku warganegara yang bertanggungjawab, kita tidak bersikap antipemba­ngunan. Tetapi, pembangunan yang ingin dilaksanakan mestilah bertanggungjawab dan ber­kualiti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta campur tangan bagi menghalang pengusiran dan pengosongan kawasan setinggan di Kampung Sri Makmur yang telah mendapat arahan perintah daripada mahkamah.



Dalam pada itu, Hilman turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan penguatkuasaan yang kasar dan ganas ketika operasi perobohan dijalankan.

Menurutnya, tindakan ganas yang berlaku telah tular di media sosial namun malangnya tidak ada sebarang tindak balas daripada kerajaan negeri di mana ia mencerminkan sifat tidak berperikemanusiaan.

“Saya ingin menuntut penjelasan segera daripada pihak polis dan kerajaan negeri berhubung isu keganasan yang berlaku termasuk keberadaan sekumpulan pemuda bertopeng, bertopi serta mengenakan vest berwarna hijau ketika tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Saya yakin mereka bukan anggota polis atau penguatkuasa Daerah mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Yang menjadi persoalannya adalah tujuan dan peranan mereka,” jelasnya.



Tambah beliau, kewujudan pihak yang tidak dikenali itu telah menimbulkan provokasi, pergelutan, pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan di kalangan penduduk.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’



Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker