UMNO perlu bertanding di PRK Sungai Bakap sebagai bukti orang Melayu masih bersama
UMNO mahu diberikan peluang untuk bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Menurut sumber, hal demikian ini kerana kerusi tersebut memiliki peratusan pengundi Melayu tertinggi iaitu hampir 60 peratus atau kira-kira 23,230 daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 39,187 orang.
Selain itu, katanya, sokongan orang Melayu kepada UMNO di Sungai Bakap adalah yang kedua tertinggi selepas PN jika diambil kira hasil analisis keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang ketika itu melibatkan pertembungan tiga penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) atau UMNO.
“Jadi, saya percaya sekiranya UMNO diberi peluang, kita boleh menarik balik sokongan orang Melayu khususnya ahli UMNO yang beralih arah dan pengundi atas pagar untuk menyokong kita.
“Ini suara akar umbi (UMNO). Hari itu (ketika Pilihan Raya Negeri atau PRN Pulau Pinang), kita sudah tolong PKR sehabis daya tapi masih tidak boleh menang (kerusi DUN Sungai Bakap).
“Jadi, saya ingat kita (UMNO) sudah bagi peluang kepada mereka atas semangat perpaduan. Sekarang, apa salahnya kalau kita cuba balik kepada UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Untuk rekod, UMNO pernah memegang kerusi DUN Sungai Bakap selama satu penggal iaitu dari 2004 hingga 2008 menerusi Allahyarham Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
PKR pula menguasai kerusi tersebut selama tiga penggal menerusi Datuk Maktar Shapee (2008 hingga 2018) dan Dr. Amar Pritpal Abdullah (2018 hingga 2023) sebelum calon parti itu, Norhidayah Che Rose tewas di tangan Nor Zamri pada PRN lalu dengan majoriti 1,563 undi.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama memaklumkan, UMNO di Sungai Bakap secara umumnya telah menyenarai pendek beberapa nama calon andai diberikan peluang untuk bertanding kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.
“Menuntut (kerusi untuk UMNO) itu hak kita. Tapi yang akan menentukan itu mereka yang di ataslah (kepimpinan PH dan BN di bawah kerajaan perpaduan). Apa pun, kita (UMNO) tetap akan bekerja seperti biasa andai mereka (kepemimpinan) masih tidak memberi peluang kepada kita untuk bertanding atas nama semangat perpaduan,” katanya.
Sementara itu, beberapa ahli akar umbi yang enggan nama mereka disiarkan mengakui kurang bersetuju dengan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol sebelum ini yang memaklumkan bahawa parti itu tidak akan menuntut kerusi DUN berkenaan, sebaliknya terus menyokong PH atas dasar menghormati rakan gabungan.
“Sepatutnya sebagai ketua, beliau tidak boleh keluar kenyataan seperti itu lebih awal. Apa salahnya jika berkata, kami akan bincang isu ini di peringkat pimpinan UMNO atau pimpinan tertinggi terlebih dahulu.
“Dapat atau tidak (bertanding) itu soal kedua. Yang penting, kita (UMNO) telah cuba untuk menuntut hak supaya UMNO turut diberi ruang untuk bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap. Itu sahaja,” ujarnya. – UTUSAN
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’
You must be logged in to post a comment.