Syirik tersembunyi dalam diri
Syirik tersembunyi dalam diri
Riyak adalah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah s.a.w. menimpa kepada umatnya. Perbuatan riyak boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, waima ketika melakukan amal ibadah seperti menunaikan solat yang seharusnya dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah.
Rasulullah s.a.w. sangat risau akan sifat riyak kerana penyakit hati ini mudah menyerang setiap manusia disebabkan jiwa mereka cenderung suka menerima pujian dan kedudukan yang tinggi di hadapan orang lain.
Sifat riyak juga sangat berbahaya kerana boleh mencemarkan amal ibadat yang dilakukan disebabkan tiada keikhlasan dan bukan dilakukan kerana Allah. Malah Rasulullah s.a.w. juga menganggap sifat ini sebagai amalan syirik kecil kerana orang yang dihinggapi sifat ini ibadahnya jelas tidak lagi ikhlas untuk mendapatkab keredaan Allah.
Malah sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy Syirkul Ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya,
“Apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Lalu Baginda s,a,w, menjawab, “riyak” (Hr Ahmad)
Begitu besar sekali kesalahan dosa akibat perbuatan riyak kerana bukan sahaja menyebabkan pelakunya terjebak dalam dosa, malah amalannya juga tidak diterima Allah kerana niatnya semata-mata hanya untuk mendapatkan perhatian, pujian dan meraih keuntungan duniawai. Ini jelas dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan” (HR Bukhari)
Riyak dalam ibadat
Riyak dalam ibadat memperlihatkan atau melakukan ibadat bukan kerana Allah, sebaliknya lebih kepada menunjuk-nunjuk pada orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian dan pujian.
Menurut al-Hafidz ibnu Hajar al-Asqolani,
“Riyak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia lalu mereka memuji pelaku amalan itu.”
Orang yang ada perasaan riyak apabila beribadat secara bersendirian kualiti amalannya tidak sebaik ketika orang lain memandangnya. Contohnya bacaan dalam solat ketika bersendirian tidak sepanjang ketika orang lain memandangnya.
Begitu juga bacaan dalam solat yang dilakukan secara bersendirian tidak dilagu atau dinyaringkan sebagaimana ketika ada orang melihat dan mendengarnya. Apabila di depan orang ramai solatnya menjadi panjang dan suaranya sengaja dikuatkan supaya dapat menarik perhatian orang terhadapnya.
Malah juga boleh dianggap riyak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan berserban besar dengan tujuan menampakkan dirinya sebagai orang alim dan kuat beribadah.
Ada juga individu yang sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti seorang yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud. Tasbihnya pula sentiasa berada di tangan sambil mulut terkumat kamit agar dilihat oleh orang.
Ibadah yang diterima
Adapun amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikut sunnah nabi). Firman Allah surah al-Khafi: 110,
“Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun”
Menyedari betapa besarnya musibah disebabkan sifat riyak, Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan umatnya agar memohon perlindungan dengan membaca doa,
“Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya” (HR Ahmad)
Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk kepada riyak kerana ia dianggap syirik yang tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah sedangkan niat tersembunyinya untuk meraih perhatian dan pujian manusia.
Cara singkirkan riyak
Perasaan riyak dapat disingkirkan dari jiwa manusia jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Serta Maha Mengetahui apa yang nampak atau tersembunyi. Firman Allah dalam surah Ali Imran: 29,
“Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”
Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kerana Allah. Di akhirat nanti bagi mereka yang riyak akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Baginda s.a.w.
“Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riyak maka Allah akan menampakkan sifat riyaknya itu (di depan makhluk)” (HR Bukhari). Wallahu a’lam Utv
Syirik tersembunyi dalam diri
Baca Artikel Menarik:
- Saya takkan kembali ke parti rosak, ditolak rakyat – Annuar Musa
- Dakwaan pengiring TMJ serang OKU disiasat polis
- Murid ‘disidai’ tengah panas selama 3 jam bakal OKU
- Afidavit Wan Rosdy mesej paling kuat daripada UMNO
- Pasangan viral dah nikah
- Akmal setuju dengan Ku Li
- DAP senyap isu kontrak buat suami menteri
- Jual ‘coklat minda’ tiruan bacaan ulama depan sekolah
- Awas dengan aplikasi TEMU
- SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k
- Bantulah kami untuk balik ke Malaysia
- Ellie Suriaty bantu urus majlis kahwin bekas suami
- Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman
- Pegawai kanan polis didakwa tutup kes beli senjata warga Israel
- Sharifah Sakinah mohon maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.