Kes lelaki OKU diserang pegawai pengiring selesai

Kes lelaki OKU diserang pegawai pengiring selesai

Salah faham arahan merupakan punca seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) diserang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan, di lobi sebuah hotel, di ibu negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dari lelaki OKU tersebut yang juga pemandu e-hailing kira-kira pukul 1 petang semalam.



Ujarnya, pengadu menyatakan dirinya diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring atau pegawai peribadi kepada rombongan orang kenamaan (VIP).

“Selepas siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

“Kemudian pada pukul 9.59 hari yang sama, pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan perkara tersebut sudah diselesaikan secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rusdi, sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.



Terdahulu, mengikut laporan yang dibuat mangsa yang berusia 46 tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing Grab mengambil empat penumpang di hotel berkenaan pada pukul 11.40 pagi semalam.

Semasa pengadu sampai dan menunggu penumpang, rombongan VIP tersebut bergerak keluar dari lobi hotel.

Salah seorang pegawai VIP itu telah mengetuk cermin kereta hadapan untuk meminta pengadu bergerak sebelum menumbuk kepala mangsa supaya mengalihkan kereta.

Difahamkan, pengadu mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’.



Pegawai penyiasat ke tempat kejadian untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hotel dan merampas telefon bimbit dan kamera papan pemuka (dashcam) kereta pengadu bagi membantu siasatan. K Online

Kes lelaki OKU diserang pegawai pengiring selesai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’



Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker