Perdagang wanita untuk seks, ibu dan anak didakwa bersama
JOHOR BAHRU: Ibu dan anak lelaki bersama seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memperdagang dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu.
Lu Yon Moi, 65; Tin Chee Keng, 42, dan Nurul Hasanah, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini. Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga mereka secara bersama telah memperdagang seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara perdayaan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Baru Masai, Pasir Gudang pada 9 malam antara 17 hingga 20 Mac.
Ketiga-tiga mereka turut dituduh melakukan perbuatan sama ke atas seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di sebuah kedai urut dalam kawasan Seri Alam, 3 petang, antara 14 hingga 19 Mac.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R Kodesviary memohon jaminan ditetapkan RM30,000 setiap seorang, namun ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim memohon jaminan minimum.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan dua penjamin untuk Lu dan Tin, manakala Nurul Hasanah dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin.
Mereka juga diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan 8 Mei ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 2 Gerhana di Bulan Ramadhan 2024, petanda apa?
- Sampai tertidur tunggu pelanggan
- Ada penghuni tunggu di pintu panggil nama anak setiap hari
- Zuhal, Marikh maut dilanggar lari
- Siapa layak diangkat Biduanita Negara ketiga
- ‘Tunggu anak bawa pulang diploma, jenazah yang tiba’
- Along Cham kahwin lagi
- Akmal dibebaskan selepas 2 jam
- Pelajar Tingkatan 3 dibelasah 20 orang
- ‘Gaji Seumur Hidup’ Nestle Malaysia kembali lagi
- Agong ada larang untuk tidak boikot ke, tanya Akmal
- Khairul Aming beri bonus tebal, siap belanja staf baju raya
- Kata sayang tapi buka aib – Bella
- Din Glamour tiada ‘job’ dah tiga tahun, hidup makin susah
- Wanita tikam teman lelaki ketika lakukan seks ada rekod dadah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh
Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini