SPRM tangguh rakam keterangan Daim
SPRM tangguh rakam keterangan Daim
Proses merakam keterangan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangguhkan.
Menurut sumber SPRM, berkata agensi itu sepatutnya merakam keterangan Daim hari ini berkaitan siasatan terhadap ahli perniagaan itu.
Sumber memberitahu FMT, temu bual perlu dijadual semula memandangkan Daim dimasukkan ke hospital.
“Kami dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital minggu lalu, jadi kami kena tetapkan tarikh baharu,” menurut sumber itu.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang kesihatan Daim setakat ini.
Pada 10 Jan, SPRM menyoal siasat isteri Daim iaitu Naimah Khalid, dan dua anak lelakinya untuk ambil keterangan berhubung aset yang dikaitkan dengan mereka.
Dalam kenyataan susulan, SPRM berkata notis dikeluarkan terhadap Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023. Keluarganya juga turut dikenakan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) akta sama.
SPRM berkata, siasatan terhadap Daim bermula Februari 2023 dan berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora, yang mana didakwa melibatkan beberapa tokoh terkenal negara yang menggunakan perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus amanah atau syarikat cengkerang di kawasan bebas cukai di seluruh dunia.
Daim dan keluarganya kemudian memfailkan permohonan di mahkamah untuk semakan kehakiman mencabar siasatan tersebut. Mereka mendakwa siasatan dibuat tidak mengikut perlembagaan. FMT
SPRM tangguh rakam keterangan Daim
Baca Artikel Menarik:
- Bukan tugas pendakwa raya beritahu tuduhan difail atau gugur
- Chef Wan nafi pekerja dianiaya
- Muay Thai lebih ‘real’ berbanding silat – Johan Ghazali
- Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
- Biden semakin hilang sabar dengan Netanyahu
- Shiera harap kepulangan Tyzo
- Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam
- Noh serah Musa kepada Mizz Nina
- Acah-acah cakap Melayu untuk dapat tiket harga warganegara
- Puchong Prima 3 digemparkan dengan bunyi tembakan polis dengan penjenayah [VIDEO]
- Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang
- Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman
- Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
- Kerja bank konvensional haram?
- ‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn
You must be logged in to post a comment.